Ahad, 17 Mei 2015

BANGSA YAHUDI TELAH DIJELAS DGN NYATA OLEH ALLAH S.W.T. KPD UMAT ISLAM DI DLM AL-QURAN ISLAM DAN KRISTIAN SERTA LAIN-LAIN AGAMA ADALAH MUSUHNYA.

KEJAM! - ASKAR ISRAEL BERI MINUM AIR & TEMBAK WANITA TUA

TAOTAUAJER - Semasa Israel mengebom dan menyerang Semenanjung Gaza pada musim panas yang lalu, seorang askar Israel mendekati seorang wanita Palestin berusia 74 tahun.


Ghalya Abu Rida, memberi seteguk air

Dia memberikannya air sambil merakam gambar kenangan dengan wanita tua berkenaan. Namun, kebaikan askar Israel itu hanyalah seketika apabila dia menembak wanita tua itu di kepala dari jarak satu meter dan menyaksikan wanita itu mati kehilangan darah, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Inilah kekejaman tentera Israel yang tidak berperikemanusian diceritakan oleh seorang wartawan TV Al-Aqsa, Ahmad Qdeh, yang menjadi saksi kepada kekejaman itu berlaku semasa pencerobohan Israel yang terbaru.

Jurucakap tentera Israel, berkongsi sekeping gambar seorang tentera Israel sedang memegang botol air minuman dan membantunya untuk minum sebagai contoh 'kemanusiaan' tentera Israel terhadap penduduk awam di Semenanjung Gaza.


TAOTAUAJER : Memang kejam sungguh.. tiada keperimanusiaan langsung.. orang tua yang tidak berdaya untuk melawan ini pun turut menjadi mangsa kejahilan dan kekejaman israel. 


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
:
:
:
:

BUAYA BESAR 300 KG BERJAYA DITANGKAP DI MIRI, SARAWAK.

Buaya Besar Seberat 300 Kilogram Berjaya Ditangkat Di Miri.



MIRI: Sekor buaya seberat 300 kilogram dan sepanjang lima meter telah berjaya ditangkap di Sungai Teniku di sini, petang semalam.

Buaya tersebut telah disedari kehadirannya oleh seorang pekerja ladang sejak beberapa minggu lalu di sekitar kawasan tersebut.

Semalam apabila melihat buaya tersebut berada di tepi sungai, orang ramai telah segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Miri dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Menurut Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Miri, pihaknya yang menerima panggilan terus bergegas ke tempat kejadian dan mengesan kehadiran buaya seberat 300 kilogaram tersebut.

Sebaik menerima panggilan kecemasan, seorang pegawai bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati buaya itu sudah berada di tebing sungai.

"Anggota JPAM, beberapa pekerja ladang dan anggota SFC segera menangkap reptilia itu.

"Keadaan buaya yang besar itu menyukarkan proses menangkap dan mengambil masa lebih sejam untuk diikat, seterusnya dipindahkan dalam lori," katanya. - Siakapkeli.my

SOTONG GERGASI TERDAMPAR DI TEPI PANTAI SOUTH ISLAND, NEW ZEALAND.

Sotong Gergasi Berukuran Hampir 7 meter Terdampar di Tepi Pantai


Seekor sotong gergasi dijumpai terdampar di persisiran sebuah pantai di South Island, New Zealand, mengejutkan orang ramai dan juga para saintis di Kaikoura Marine Centre and Aquarium yang telah mengutipnya untuk tujuan kajian.

Badan sotong tersebut; yang juga dikenali sebagai mantel; berukuran sepangjang enam kaki, dan sesungutnya yang paling panjang berukuran hampir 16.5 kaki menjadikan ukuran keseluruhan haiwan tersebut hampir 23 kaki.


Menurut laporan dari ABC News, setiap mata sotong betina itu mempunyai kelebaran sebanyak 3.15 inci.



Sotong berkenaan kini dibekukan dan dipamerkan di Kaikoura Marine Centre and Aquarium sambil menunggu nasibnya selepas ini. Beberapa sampel akan dihantar ke Universiti Auckland dan Otaga di New Zealand untuk kajian. - Siakapkeli.my

Rabu, 13 Mei 2015

JIN IFRIT CURI CINCIN NABI SULAIMAN A.S.

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

Ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dahulu, cincin baginda pernah dicuri oleh Jin Ifrit. Lantaran daripada itu, Jin Ifrit telah menyamar sebagai Nabi Sulaiman, sehingga baginda terpaksa menjadi nelayan kerana rakyatnya tidak percayakan baginda.
Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.
Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.
Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.
Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.
Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.
Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.
sumber: melayukini.net

Incoming search terms:

  • jenis batu cincin nabi muhammad
  • batu cincin nabi
  • batu cincin nabi sulaiman
  • jenis batu cincin
  • cincin nabi sulaiman
  • jenis batu cincin rasulullah
  • batu cincin rasulullah
  • nama nama batu cincin
  • jenis2 batu cincin
  • cincin lelaki

Selasa, 12 Mei 2015

KISAH NYATA DARI YORDAN KELUARGANYA YG HDK DISIHIR.

Kisah Nyata Dari Yordan

Written By amirulyaacob on Tuesday, April 7, 2015 | 10:21 PM



Selepas membeli kayu bakar, orang ini kemudian di rumahnya memilih kayu kayu tersebut. Tak terduga, dia mendapati sebuah kayu yang agak aneh, kayu tersebut dibungkus plastik dengan rapi, setelah dibuka ternyata kayu tersebut dipenuhi dengan paku paku dengan pola pakuan yang aneh. Melihat ada yang ganjil, dia pun pergi membawa kayu tersebut ke seorang Syaikh.

Syaikh berkata: "kayu ini adalah tumbal sihir, diperuntukkan atas satu keluarga yang terdiri dari Ayah, Ibu dan beberapa orang anak, selama paku ini masih menancap, satu keluarga tersebut tengah dalam keadaan sakit, dan hanya Allah yang mengetahui jenis sakitnya .." Lalu Syaikh itu berkata kembali: "Alhamdulillah kamu belum membakar kayu ini, jika itu kamu lakukan, nescaya satu keluarga tersebut akan Mati semua". Berikut cara rawatan sihir sesuai dengan resipi Rasulullah Saw

A. RAWATAN SIHIR
Rawatan sihir boleh dilakukan dengan dua cara:

Pertama, dengan ruqyah yang sesuai syariat

Di antara kaedah yang pernah dipraktikkan dan itu mujarab adalah

1. Mandi dengan air yang telah dicampur daun bidara

Persiapan: Sediakan 7 daun bidara hijau, dan satu baldi air yang cukup untuk mandi.

Caranya:

a. Haluskan daun bidara dengan ditumbuk, dan campurkan ke dalam air yang telah disiapkan.

b. Baca ayat-ayat berikut di dekat air (di luar bilik mandi):

1) Baca ta'awudz: a-'uudzu billahi minas syaithanir rajiim
2) Ayat kursi (QS. Al-Baqarah: 255)
3) QS. Al-A'raf, dari ayat 117 hingga 122
4) QS. Yunus, dari ayat 79 hingga 82
5) QS. Taha, dari ayat 65 hingga 70
6) Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
7) Minumkan air tersebut di atas 3 kali (boleh gunakan gelas kecil)
8) Gunakan selebihnya untuk mandi.
9) Cara seperti ini boleh dilakukan beberapa kali, hingga pengaruh sihirnya hilang.

(Kaedah ini disebutkan oleh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35).

2. Membaca beberapa ayat al quran kemudian ditiupkan

Caranya:

a. Baca surat Al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir surat Al-Baqarah, surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
b. Ulangi sebanyak 3 kali atau lebih
c. Baca ayat di atas, sampil ditiupkan dan diusapkan ke bahagian tubuh yang sakit.
d. Baca doa-doa ketika menjenguk orang sakit.

Kedua, menghancurkan simpul sihir

Cara kedua ini adalah kaedah menghilangkan sihir yang paling mujarab. Hanya saja, cara kedua ini agak sukar dilakukan, kerana perlu diketahui simpul sihir yang ditanam oleh dukun. Jika simpul sihir ini boleh dihancurkan maka pengaruh sihir akan hilang total. Simpul ini bak pengkalan tentera bagi si dukun untuk menyihir objek sasaran.

Sebagaimana hal ini pernah dialami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, seperti yang disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Berikut redaksi kisah yang lebih lengkap. Redaksi ini disebutkan oleh At-Tsa'alibi dalam tafsirnya dan dinukil oleh Ibnu katsir:

Dari Ibnu Abbas dan A'isyah radhiyallahu 'anhuma menceritakan:

Dulu ada seorang remaja Yahudi yang menjadi pelayan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Sehingga, datanglah beberapa orang Yahudi menemui anak ini. Sampai akhirnya si remaja ini mengambil rontokan rambut kepala Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan potongan sikat rambut, dan dia berikan kepada orang Yahudi. Akhirnya, mereka gunakan rambut ini sebagai bahan untuk menyihir Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Pelaku sihir adalah seorang Yahudi Bani Zuraiq, namanya Labid bin A'sham. Simpul sihir dari rambut tersebut di tanam di telaga milik Bani Zuraiq, namanya sumur Dzarwan.

Kerana pengaruh sihir ini, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jatuh sakit, sehingga rambut beliau mudah gugur. Beliau seolah-olah melakukan sesuatu dengan isterinya padahal tidak melakukan apa-apa. Sampai akhirnya beliau bermimpi, beliau melihat ada dua malaikat yang datang. Yang satu duduk di dekat kepala beliau dan yang satu duduk di dekat kaki beliau.

Malaikat pertama bertanya, "Apa yang terjadi dengan orang ini?" "Dia tersihir." Jawab malaikat kedua. "Siapa yang menyihir?" Tanya malaikat pertama. "Labid bin A'sham orang Yahudi." Jawab malaikat kedua. "Dengan apa dia disihir?" Jawabnya: "Dengan rambut dan potongan sikat." "Di mana simpul sisirnya?" Jawabnya: "Dibungkus kulit mayang kurma, ditindih batu, di dalam sumur Dzarwan." Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam terbangun. Kemudian beliau berangkat ke sumur Dzarwan di Bani Zuraiq bersama Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awam, dan Ammar bin Yasir.

Ali diperintahkan untuk mengambil batu itu, untuk mengeluarkan bungkus simpul sihir. Ketika itu, Allah menurunkan dua surat Al-Muawidzatain (surat Al-Falaq dan An-Nas). Sebelumnya, Ali bin Abi Talib diperintahkan untuk membaca dua surat tersebut. Ternyata di dalamnya ada beberapa helai rambut dan potongan sisirnya. Di sana juga ada ikatan buntalan jumlahnya ganjil. Selanjutnya benda itu dimusnahkan dan sumurnya ditutup.

Seketika itu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam langsung terasa ringan dan hilang pengaruh sihirnya. Setelah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kembali, beliau sampaikan kepada isterinya:

يا عائشة, كأن ماءها نقاعة الحناء, أو كأن رءوس نخلها رءوس الشياطين

"Hai Aisyah, air perigi itu seperti terkena daun pacar (inai). Atau seolah pangkal mayang kurma seperti kepala syaitan. "(HR. Bukhari 5763)

Imam Ibnul Qoyim dalam Zadul Ma'ad berkata:

Cara menyembuhkan sakit ini ada dua, di antaranya adalah mengeluarkan sumber sihir dan memusnahkan ia. Ini adalah cara yang paling sempurna. Sebagaimana terdapat riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa beliau berdoa kepada Allah tentang sumber sihir yang menimpa beliau, kemudian Allah tunjukkan bahawa pangkalnya ada di dalam sumur, dengan rambut dan potongan sikat dibungkus mayang kurma jantan. Ketika benda itu dikeluarkan, pengaruh sihir itu langsung hilang, seolah beliau baru bebas dari ikatan. Inilah kaedah yang paling ampuh untuk mengubati orang yang terkena sihir. Seperti halnya menghilangkan sumber penyakit dalam tubuh (Zadul Ma'ad, 4: 113)

B. PENCEGAHAN DARI SIHIR

1- Dalam setiap keadaan senantiasa mentauhidkan Allah Azza wa Jalla dan bertawakkal kepadaNya, serta menjauhi perbuatan syirik dengan segala bentuknya.

2- Melaksanakan setiap kewajiban-kewajiban yang Allah Subhanahu wa Ta'ala perintahkan, dan menjauhi setiap yang dilarang, serta bertaubat dari setiap perbuatan dosa dan kejelekan. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Ibnu' Abbas Radhiyallahu 'anhu:

يا غلام! إني أعلمك كلمات, احفظ الله يحفظك ...

"Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajarkanmu beberapa kalimat. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu ..." [HR Tirmidzi]

3. Tidak membiarkan anak-anak berkeliaran saat akan terbenamnya matahari. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Jika malam telah masuk -jika kalian berada di sore hari-, maka tahanlah anak-anak kalian. Sesungguhnya setan berkeliaran pada waktu itu. Tatkala malam telah datang sejenak, maka lepaskanlah mereka". [HR Bukhari Muslim].

4- Membersihkan rumah dari salib, patung-patung, binatang yang dipelihara dan gambar-gambar yang bernyawa serta anjing. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat hal-hal di atas. Demikian juga dibersihkan dari peranti-peranti yang melalaikan, gitar, piano, seruling dan muzik.

5. Memperbanyak membaca Al Qur`an dan manjadikannya sebagai dzikir harian. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

"Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian layaknya kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat Al Baqarah". [HR Muslim]

6- Membentengi diri dengan doa-doa dan ta'awudz serta dzikir-dzikir yang disyariatkan, seperti dzikir pagi dan sore, dzikir-dzikir setelah shalat fardhu, dzikir sebelum dan sesudah bangun tidur, do'a ketika masuk dan keluar rumah, do ' a ketika naik kenderaan, do'a ketika masuk dan keluar masjid, do'a ketika masuk dan keluar bilik mandi, do'a ketika melihat orang yang mandapat musibah, serta dzikir-dzikir yang lain.

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya sihir para penyihir itu akan bekerja secara sempurna bila mengenai hati yang lemah, jiwa-jiwa yang penuh dengan syahwat yang senanantiasa bergantung kepada hal-hal rendahan. Oleh sebab itu, umumnya sihir banyak mengenai para wanita, anak-anak, orang-orang bodoh, orang-orang pedalaman, dan orang-orang yang lemah dalam berpegang teguh kepada agama, sikap tawakkal dan tauhid, serta orang-orang yang tidak mempunyai bahagian sama sekali dari dzikir-dzikir Ilahi, doa-doa, dan ta'awwudzaat nabawiyah. "[Zaadul Ma'ad (4/116)]

7. Memakan tujuh butir kurma 'ajwah setiap pagi hari. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:

من تصبح كل يوم سبع تمرات عجوة لم يضره في ذلك اليوم سم ولا سحر

"Sesiapa yang makan tujuh butir kurma 'ajwah pada setiap pagi, maka racun dan sihir tidak akan mampu membahayakannya pada hari itu". [HR Bukhari dan Muslim]

Semoga bermanfaat, jangan lupa sebarkan pada yang lain.

-  Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

KISAH LELAKI JUDAS ISCARIOT DISALIB SELEPAS DITUKAR DGN NABI ISA OLEH ALLAH S.W.T..

Kisah Judas Iscariot, Lelaki Yang Disalib Selepas Ditukar Dengan Nabi Isa

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahudi.
gambar hiasan-bukan gambaran sebenar,ianya hanya ilustrasi dari pelukis)-Judas Iscariot (right), retiring from the Last Supper, painting by Carl Bloch, late 19th century.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.
Gambar Hiasan
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)

dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakandengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”. 
(An Nisaa’ : 157)

Incoming search terms:

  • kisah nabi isa disalib
  • kisah nabi isa
  • nabi isa disalib
  • nabi isa
  • kisah nabi isa yang disalib
  • kisah nabi isa as disalib
  • sejarah judas
  • Kisah judas
  • cerita nabi isa disalib
  • kisah nabi

KISAH SAHABAT NABI BERTEMU RAJA ROME.










Kisah Sahabat Bertemu Raja Rome Dan Melihat Koleksi Gambar 14 Nabi Dan Rasul 


      
Hisyam bin al-As r.a. dan seorang lagi Sahabat menetap di istana Hercules selama tiga hari. Pada suatu malam, seorang utusan Hercules memanggil mereka masuk ke kamarnya. Ketika di dalam kamar tersebut, dia mengeluarkan kotak besar yang mempunyai banyak pintu dan berlapis emas. Salah satu kotak itu dibuka kuncinya dan dikeluarkan sekeping gambar berwarna merah berbalut kain sutera hitam. Itu adalah gambar seorang lelaki bertubuh tegap dan besar, memiliki leher yang panjang, tidak berjanggut dan dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan Allah.


 “Adakah kamu tahu siapa ini?” soal Hercules. “Tidak.”
 “Ini ialah gambar Nabi Adam (a.s.) dan orang yang paling banyak rambut.” 
Kemudian, dia membuka kotak yang lainnya dan mengeluarkan gambar berbalut kain sutera hitam yang terdapat gambar berwarna putih. Ia adalah gambar seorang lelaki yang berambut kerinting, kedua-dua matanya merah, tegap badannya dan halus janggutnya. Dia bertanya,

 “Adakah kamu kenal siapa ini?” “Tidak.” “Ini ialah gambar Nabi Nuh (a.s.).” Seterusnya, dia mengeluarkan lagi gambar yang di dalamnya terdapat wajah lelaki yang sangat putih, kedua-dua matanya indah, lebar dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya dan seakan-akan tersenyum. Dia bertanya lagi, “Adakah kamu kenal siapa ini?” “Tidak.” “Ini ialah Nabi Ibrahim (a.s.).”
 Seterusnya, dia membuka lagi gambar lain yang berwarna putih. Dia bertanya,

 “Adakah kamu kenal siapa ini?” “Ya. Kami kenal. Ini ialah Muhammad Rasulullah SAW.” Dengan tidak semena-mena kedua-dua Sahabat itu mengalirkan air mata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apakah perasaan kedua-dua orang Sahabat itu. Hercules berkata,

 “Adakah kamu yakin ini gambarnya?” “Ya.” Di samping gambar tersebut, terdapat gambar seorang lelaki yang sedang berada di belakang Baginda Rasulullah SAW.

 “Adakah kamu tahu siapakah yang berada di belakangnya?” soal Hercules. 

“Ya, kami kenal. Ini adalah Sahabatnya dan khalifah selepasnya (Sayidina Abu Bakar r.a.).” Hercules diam seketika sebelum berkata, “Ingat! Sesungguhnya dia berada di akhir kotak tetapi sengaja aku buka lebih awal supaya kamu dapat melihatnya.” Seterusnya, kain sutera hitam dibuka lagi. Maka, dikeluarkan gambar yang kehitam-hitaman. Dalamnya terdapat wajah lelaki yang berambut kerinting, matanya agak ke dalam, tajam penglihatannya, bermuka masam, gigi tersusun rapi dan bibirnya menjulur keluar seperti orang sedang marah. “Inilah Nabi Musa (a.s.),” jelas Hercules. Di samping gambar Nabi Musa a.s, terdapat gambar yang mirip-mirip wajahnya tetapi rambutnya berminyak, lebar dahinya dan dikedua-dua matanya ada garis hitam ke hidung. “Ini ialah Nabi Harun (a.s.).” Kedua-dua orang Sahabat itu ditunjukkan lagi gambar yang lain yang dibaluti sutera putih. Di dalamnya ada gambar seorang lelaki yang kehitam-hitaman, rambutnya tidak berkerinting, bertinggi sederhana dan seperti orang marah. Hercules bertanya,

“Kenalkah kamu siapa ini?” “Tidak.” “Ini ialah Nabi Luts (a.s.).” Kemudian, dia membuka kain sutera putih yang lain yang di dalamnya terdapat lelaki berkulit putih kemerahan, hidungnya mancung, jambangnya nipis dan tampan wajahnya. Dia bertanya, 

“Kenalkah kamu siapa ini?” “Tidak.” “Inilah Nabi Ishak (a.s.).” Kain sutera putih yang lain pula dibuka. Terpaparlah gambar wajah yang mirip-mirip dengan Nabi Ishaq a.s. Cuma, di bibirnya ada tahi lalat. Dia bertanya soalan yang serupa dan Sahabat pun menjawab dengan jawapan yang sama. “Ini ialah Nabi Yaakub (a.s.),” jelasnya. Kemudian, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam. Di dalamnya ada gambar lelaki berkulit putih, berwajah tampan, berhidung mancung, berbadan tegap dan wajahnya bersinar-sinar. Dia bertanya, 

“Kenalkah kamu siapa ini?” “Tidak.” “Ini ialah Nabi Ismail (a.s.), datuk kepada Nabi kamu .” Seterusnya, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih. Di dalamnya terdapat gambar seperti wajah Nabi Adam a.s, wajahnya seperti matahari. Dia bertanya,

 “Kamu kenalkah siapa ini?” “Tidak.” “Ini ialah Nabi Yusuf (a.s.).” Kain sutera putih yang lain pula dibuka dan di dalamnya terdapat gambar lelaki yang berwajah kemerah-merahan, gempal kedua-dua betisnya, lemah pandangannya, bertubuh sedang-sedang dan membawa pedang.

 “Kamu kenalkah siapa ini?” “Tidak.” “Inilah Nabi Daus (a.s.).” Kemudian, dalam gambar yang lain kelihatan lelaki yang besar pinggangnya, panjang kedua-dua kakinya dan menaiki kuda.

 “Kenalkah kamu siapa ini?” “Tidak.” “Inilah Nabi Sulaiman (a.s.).” Seterusnya dia memperlihatkan gambar seorang lelaki yang berjanggut sangat hitam, banyak rambutnya, indah kedua-dua matanya dan tampan wajahnya.

“Kenalkah kamu siapa ini?” “Tidak.” “Inilah Isa bin Maryam (a.s.).” “Dari mana tuan mendapat gambar-gambar ini? Kami yakin ini adalah gambar Para Nabi dan kami yakin rupa Nabi SAW seperti itu.” Sahabat bertanya. Hercules menjelaskan bahawa, sesungguhnya Nabi Adam a.s. meminta kepada Allah SWT diperlihatkan rupa para Nabi dari anak cucunya dan Allah menurunkan gambar-gambar mereka. Nabi Adam a.s. menyimpannya di ufuk Barat sebelum Iskandar Zulkarnain a.s. mengeluarkannya dan diserahkan kepada Nabi Danial a.s. Zulkarnain a.s. berkata,

 “Ingat, demi Allah! Sesungguhnya aku telah keluar daripada kerajaanku dan aku menjadi hamba kerana keburukan kamu dalam memiliki sesuatu sehingga aku mati.” Setelah pertemuan tersebut, kedua-dua orang Sahabat itu pun pulang. Mereka bertemu dengan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan menceritakan apa yang telah mereka lihat dan apa yang dikatakan oleh sang raja. Lalu, Sayidina Abu Bakar r.a. menangis dan berkata, “Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kami bahawa orang Nasrani dan Yahudi telah menemui sifat-sifat Nabi SAW pada diri mereka (tetapi mereka tidak mahu beriman).” Dipetik daripada buku: Himpunan Kisah Keajaiban Para Sahabat

 Video ceramah berkaitan kisah ini yang disampaikan oleh Ustaz Nazmi Karim 

                           
                                  https://youtu.be/-eayzePedB8