Selasa, 22 Julai 2014

MESIR HALANG BANTUAN MEMASUKI GAZA SEDANGKAN GAZA UMAT ISLAM SAMA MESIR JUGA.

Mesir halang bantuan memasuki Gaza

Sebahagian tentera Mesir yang berkawal di pintu masuk sempadan Rafah.
Sebahagian tentera Mesir yang berkawal di pintu masuk sempadan Rafah.
19 Julai – Kerajaan Mesir menghalang mana-mana pihak memasuki Gaza dengan menyekat pintu masuk di sempadan Rafah menyebabkan misi-misi bantuan tergendala termasuk misi bantuan Aman Palestin dari Malaysia.
Menurut laporan Aljazeera.net, sekumpulan 500 anak muda rakyat Mesir yang merupakan aktivis masyarakat dan kumpulan doktor warga Palestin dan Eropah turut dihalang memasuki Gaza.
Sehubungan itu, kumpulan anak muda tersebut mengadakan demonstrasi agar pihak tentera membenarkan mereka melepasi pintu sempadan itu.
Menurut jurucakap kumpulan itu, mereka terpaksa kembali ke Kaherah dan tidak akan berputus asa untuk mencuba lagi sekali.
Rombongan misi kemanusiaan Aman Palestin yang disertai oleh 5 doktor pakar dan wakil organisasi media tempatan turut terkandas.
Menurut laporan facebook Aman Palestin, tentera Mesir telah dikerahkan untuk mengawal pintu sempadan Rafah bagi menyekat mana-mana pihak terlepas masuk ke Gaza.

HOTEL-HOTEL YAHUDI DERITA KERUGIAN SEJAK SERANGAN KE ATAS GAZA.

Hotel-hotel Yahudi Derita Kerugian Sejak Serangan Zionis ke Gaza


Zionis-hotel-hotel zionis derita kerugian-jpeg.imagePALESTINA (SALAM-ONLINE): Hotel-hotel danpenginapan di wilayah jajahan Zionis Yahudi telah mengalami gelombang pembatalan untuk pekan kedua berturut-turut di tengah meningkatnya operasi militer penjajah Zionis di Jalur Gaza, demikian surat kabar IsraelHaaretz melaporkan, Ahad (20/7/2014).
Kementerian Pariwisata Zionis mengatakan bahwa tahun ini kota-kota dan resort di wilayah pendudukan Yahudi diperisapkan untuk menyambut puncak kedatangan para turis dari dalam dan luar negeri, tetapi operasi militer ‘Israel’ di Gaza menghancurkan semua harapan itu.
Hotel-hotel itu diperkirakan menderita kerugian sebesar 99 juta USD dari pengunjung asing yang telah membatalkan perjalanan ke negara itu, dan selanjutnya kerugian sebesar 24 juta USD dari pengunjung lokal.
Militer Zionis terus beroperasi di Gaza selama dua pekan ini. Serangan penjajah itu mengakibatkan kematian 508 warga Palestina dan cedera 3.150 orang. Menurut tentara Zionis, 13 tentaranya tewas dan 101 luka-luka—padahal berita sebelumnya menyebut tentara Zionis yang tewas jauh lebih besar dari itu.
Seminggu sebelumnya, Yedioth Ahronoth mengungkapkan bahwa ribuan penerbangan ke wilayah yang diduduki ‘Israel’ dibatalkan dan ribuan wisatawan yang menghabiskan liburan musim panas mereka telah meninggalkan negara jajahan itu karena situasi keamanan yang memburuk.
Lebih dari 30.000 wisatawan memajukan keberangkatan mereka karena khawatir terjadi eskalasi perang yang dapat menyebabkan penutupan Bandara Internasional Ben Gurion.
Sekitar 3,5 juta wisatawan mengunjungi wilayah pendudukan itu pada tahun 2013, demikian menurut Biro Pusat Statistik Zionis. (arrahmah.com)
salam-online



TEKS KUTBAH ' SELAMATKAN GAZA '.

Teks khutbah ‘Selamatkan Gaza!’

Al AqsaWahai hamba-hamba Allah!
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada Allah dengan melakukan  segala ketaatan kepadaNya dan menjauhi segala laranganNYa. Sesungguhnya inilah cara  untuk kita mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Ketika umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bergembira menyambut bulan Ramadhan al Mubarak tahun 1435H, sedangkan umat Islam di Palestin khususnya di Gaza, mereka terpaksa menyambut kedatangan Ramadhan dengan  serangan regim Zionis. Tentera-tentera Zionis terus mengganas membantai serta membunuh umat Islam di Gaza. Sehingga hari ini hampir 2000 serangan roket telah dilancarkan, lebih 3100 serangan udara, 590 serangan dari laut dan 2 serangan darat dilancarkan. Serangan ganas yang tidak berperikemanusiaan ini, menyebabkan jumlah syahid telah mencecah 213 orang, daripada bilangan itu hampir 40 orang kanak-kanak yang tidak berdosa telah syahid. Seramai 1450 orang awam tercedera daripada bilangan tersebut 373 orang kanak-kanak. Manakala 1516 buah rumah menjadi sasaran, daripada angka tersebut 216 buah rumah musnah secara total dan 1296 buah rumah musnah teruk. Begitu juga 3 buah masjid, 6 buah hospital dan 36 buah sekolah menjadi sasaran serangan tentera Zionis. Tentera Zionis laknatullah terus mengganas dengan memberi amaran kepada lebih 100,000 penduduk Gaza supaya meninggalkan kediaman dan mereka sasarkan lebih banyak serangan akan dilancarkan.
Walaupun keganasan dan kezaliman regim Zionis laknatullah sedemikian rupa, namum kuasa besar dunia hanya memandang sepi, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di bumi Palestin. Mana pejuang hak asasi manusia? Di mana slogan kebebasan yang dilaungkan? Tiada tindakan dari Amerika, tiada tindakan dari PBB, tiada tindakan dari Kesatuan Eropah begitu juga dengan OIC, untuk menghentikan segala kekejaman dan kedurjanaan yang berlaku. Tiada siapa yang dapat diharapkan oleh umat Islam di Gaza kecuali mereka bangun sendiri menentang kezaliman dengan apa yang ada pada mereka dan mengharapkan pertolongan Allah SWT semata-mata.
Sesunguhnya di bumi Palestin, terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam. Bumi yang wajib dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w. sebelum dimi’rajkan ke langit, sekarang iniberada dalam terancam dan Zionis Laknatullah sedang berusaha untuk menghancurkan Masjid al Aqsa.
Firman Allah yang bermaksud:
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.  (Surah al-Isra’: 1)
Apakah kita sanggup membiarkan mereka menghancurkan Masjid al Aqsa yang merupakan qiblat pertama bagi umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan selepas Masjidil Haram dan Masjid yang ke 3 suci di sisi Allah SWT. Di mana maruah kita sebagai umat Islam?
Sidang Jumaat rahimakumullah,
Dengan jatuhnya Empayar Uthmaniah Turki pada tahun 1924M, bumi Islam telah berpecah dan dibahagikan kepada dunia barat termasuk bumi Palestin. Palestin yang dianggap sebagai bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang satu masa dahulu, kini dirampas oleh rejim Zionis melalui perancangan dan tipu muslihat yang teliti, bermula dengan perjanjian Balfour pada tahun 1917. Dari situlah umat Islam ditindas, dihalau dan diusir daripada tanah milik mereka sendiri, sehingga akhir kini 80% rakyat Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri. Mereka menghuni kem-kem pelarian tanpa prasana yang diperlukan sebagai seorang manusia yang merdeka.
Umat Islam Palestin merintih, menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099m, sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.
Kesepakatan musuh-musuh Islam untuk memerangi Islam dan umatnya berpanjangan dan sentiasa berusaha memastikan Deenul Islam yang hanif ini lenyap di muka bumi ini bersama umatnya. Benarlah firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu [Muhammad] sehingga kamu mengikuti agama mereka.” al Baqarah:120
Sidang Jumaat sekalian,
Bumi Palestin adalah bumi para Anbiya’ kerana ramainya para nabi yang lahir di sana, sebagaimana bumi ini juga telah menyaksikan penukaran tongkat kepimpinan dunia daripada Anbiya’ terdahulu kepada Nabi Muhammad s.a.w. apabila Baginda mengimami mereka bersolat di sana pada malam Isra’ dan mi’raj. Kita perlu merasa bangga kerana peristiwa tersebut menggambarkan kedudukan umat Islam adalah lebih mulia daripada umat-umat lain terutamanya Bani Israil yang sering melakukan tipu daya terhadap Allah dan para utusanNya.
Namun kini umat Islam seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan kaum yang suka membunuh, mengingkari janji, menindas dan melakukan perubahan terhadap kitab Taurat dan Injil menguasai dunia dan menyebarkan tamadun yang menyesatkan manusia. Benarlah firman Allah SWT:
“ Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lisan [ucapan] Daud dan Isa putera Maryam, yang demikian itu kerana mereka durhaka dan selalu melampaui batas.” al Maidah:78
Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti Saiyidina Umar al-Khattab yang berjayamembuka Baitul Maqdis dan mengisytiharkannya sebagai tanah wakaf umat Islam pada tahun 636M. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan seperti jiwa Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib pada 2 Oktober 1187. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib diberi kesedaran, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.
Sidang Jumaat rahimakumullah,
Pencerobohan demi pencerobohan terhadap bumi yang terdapat padanya rumah ibadat yang kedua dibina selepas Masjidil Haram di Makkah. Apa yang sedang berlaku di Gaza kini merupakan di antara siri-siri keganasan yang dirakam dan diperlihatkan kepada seluruh dunia betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis -la’natullahi `alaihim- ini.
Gaza hari ini dianggap sebagai penjara besar yang dihuni oleh seramai 1.5 juta jiwa, lebih 95% adalah muslim. Daripada jumlah ini seramai 800 ribu orang merupakan pelarian daripada kawasan-kawasan Palestin lain yang telah dijajah. Pelbagai kesengsaraan telah sengaja diwujudkan di dalamnya; kegelapan, kekurangan ubat-ubatan, bilik pembedahan tidak berfungsi, harga barangan meningkat tiga kali ganda, ketiadaan peluang pekerjaan, ladang-ladang dimusnahkan dan saban hari mereka dihiburkan dengan bunyian jet-jet penyerang, ledakan mortar, kereta kebal, serta suara tangisan mangsa dan juga keluarga mereka.
Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas NabiZakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)
Pengepungan dan serangan ke atas Gaza sekarang ini, sememangnya sudah dijangka kerana kaum Zionis tidak mahu di sana terdapatnya mana-mana pihak yang memberi ancaman atau menghalang mereka bagi menjayakan impian mereka selama ini, iaitu ingin menegakkan Negara Israel Raya atau The Greatest Israel atau Israel Kubro. Semasa kegemilangan Islam, ketika khalifah adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali.namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun nostalgia kegemilangan ini perlu dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa kekuatan sedemikian perlu diwujudkankembali agar kezaliman yang dialami umat Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.
Khutbah Ke-2
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Umat Islam di seluruh dunia bertanggungjawab memberi segala bentuk sokongan kepada saudara kita di Palestin. Samada sokongan moral dan kewangan. Tanggungjawab ini tidak dapat dipisahkan dari kehidupan kita, selama mana Masjid al Aqsa dirampas dan dijajah oleh rejim Zionis.Ini adalah kerana perjuangan menyelamatkan Masjid al Aqsa, adalah perjuangan aqidah umat Islam.
Benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud ’ Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudharat kepada mereka sehinggalah Allah mendatangkan keputusanNya, mereka tetap dalam keadaan demikian’ Para sahabat radiyal anhum bertanya; Di manakah mereka? Jawab Rasulullah saw; Di Baitul Maqdis dan sekitarnya’ riwayat Bukhari.
Oleh itu semua umat Islam wajib memberi bantuan dan pertolongan kepada saudara kita di Palestin. Diantara tanggungjawab kita bersama;
1. Kita wajib memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh, bahawa pertembungan dengan Zionis laknatullah alaihim, bukan kerana permusuhan antara orang Arab dengan orang yahudi, bukan kerana mereka bangsa Yahudi… tetapi kerana mereka memusuhi Allah SWT, mereka memusuhi Nabi SAW dan memusuhi umat Islam jadi permusuhan kerana kita beragama Islam dan beriman dengan Allah.
Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan musyrik..”al Maidah;82
2. Mengekang perasaan kecewa serta putus asa yang kadang-kadang telah menyelinap masuk ke jiwa-jiwa masyarakat umum, dengan apa yang berlaku di Gaza umat Islam dengan kejam. Seolah-olah tentera Zionis mempunyai senjata canggih dan tidak boleh dikalahkan serta mereka disokong oleh kuasa besar dunia. Sebaliknya kita sebagai umat Islam mestilah meletakan harapan yang kuat dalam jiwa,  dan kebergantungan  dengan Allah s.w.t serta yakin dengan janji Allah. Hari ini Briged Izzudin al Qassam telah membuktikan kepada kita tentang kelemahan zionis dan ketakutan mereka apabila mereka membalas serangan-serangan zionis dengan roket-roket al Qassam.
Benarlah firman Allah SWT;
Maksudnya ”Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka[musuhmu], jika kamu menderita kesakitan maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan pula, sebagaimana kamu rasakan sedangkan kamu masih dapat mengharapkan Allah, apa yang mereka tidak harapkan Allah Maha Mengetaui lagi Maha Bijaksana” an Nisa’:104
3. Kita mestilah berjihad dalam ertikata yang luas dan mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya jika dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam konteks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur, merasa lemah maupun bertangguh. Skop jihad seperti ini membolehkan setiap kita menentukan peranan masing-masing dalam mendaulatkan agama Islam.
4. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.
5. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.
Sidang Jumaat rahimakumullah,
Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.
Ya Allah! Hamba-hambaMu ini menadah tangan memohon pertolongan kepadaMu Yang Amat Pengasih terhadap para hambaNya. Selamatkanlah Masjid al-Aqsa daripada terus dicerobohi dan dimusnahkan oleh Yahudi bangsa yang dilaknat olehmu itu.
Ya Allah! Selamatkanlah kiblat pertama umat Islam dan tempat Isra’ RasulMu ini dari pada terus dijajah dan dikuasai oleh bangsa yang jelas melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Firman Allah maksudnya:
Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau.  (Surah al-Maidah: 78)
Ustaz Mohamad Ismail
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

LEAVE A REPLY

PEJUANG PALESTIN MUNCUL DARINDLM TANAH HAPUS TENTERA ZIONIS.

Tiba-tiba Pejuang Palestina Muncul dari dalam Tanah, Sejumlah Tentara Zionis pun Tewas!


Gaza-pejuang palestina bunuh tentara zionis-4-jpeg.imageGAZA CITY (SALAM-ONLINE): Meski sampai laporan ini dibuat lebih 500 jiwa warga Gaza menjadi korban kebrutalan militer penjajah Zionis dan lebih 3000 lainnya cedera, namun fokus perang pejuang Palestina tetap pada militer Yahudi.
Brigade Al-Qassam, sayap militer Hamas, misalnya, tidak mengarahkan sasarannya pada warga sipil, melainkan kepada militer Zionis. Perang, tentara bunuh tentara, bukan bunuh anak-anak, wanita dan orang-orang tua. Itulah yang dilakukan pejuang Palestina, lain halnya dengan penjajah pengecut Zionis yang membunuhi warga sipil: anak-anak, kaum ibu, orang tua dan orang-orang tak berdaya.
Gaza-pejuang palestina bunuh tentara zionis-5-jpeg.imageSelasa (22/7) dini hari, jurnalis Indonesia di Gaza, Abdillah Onim, kembali melaporkan pejuang Palestina, dengan pertolongan Allah, berhasil menyergap dan menghabisi sejumlah tentara Zionis.
Dilaporkan, ketika sekelompok militer Zionis Yahudi sedang bersantai di atas tank-tank mereka, tanpa mereka sadar, tiba-tiba muncul pejuang Palestina dari dalam tanah (terowongan) yang hanya berjarak satu meter dari tank-tank ‘Markava’ militer penjajah itu.
Tak lama, dengan gerakan cepat, moncong senjata diarahkan ke kepala musuh, dan, dar, der, dor,  sejumlah tentara Zionis yang sedang bersantai itu tewas! Selanjutnya pejuang Palestina menghancurkan tank-tank ‘Markava’ mereka.Gaza-pejuang palestina bunuh tentara zionis-2-jpeg.image
Militer Zionis berusaha atau nekat merangsek masuk Gaza? Dari laporan Abdillah Onim, itu merupakan “PR” bagi militer Zionis. Sebab, “Jutaan ‘hidangan’ bom sudah disiapkan oleh pejuang Palestina di Gaza, spesial untuk militer penjajah Zionis. Jadi, kemungkinan besar, itu sulit, harapan tipis,” tulis Onim dalam rilis yang diterima redaksi, Selasa (22/7) dini hari.
Onim juga melaporkan, pejuang Palestina di Gaza sudah berjanji dan bertekad dengan Gaza-pejuang palestina bunuh tentara zionis-6-jpeg.imagekalimat ‘Karena Allah’ demi bebasnya umat Islam Palestina dan Al-Aqsha dari penjajahan dan kangkangan Zionis, maka Gaza akan berubah menjadi kuburan massal bagi militer ‘Israel’. “Mereka akan ‘berenang’ dan ‘mandi darah’,” ujar Onim.
“Kami gugur, insya Allah mendapat balasan surga, kalian mati mau ke mana? Tentu pintu neraka terbuka bagi kalian. Kalian, militer Zionis berperang karena dibayar perhari 200 USD (lebih Rp 2 juta), tapi kami berperang karena Allah, demi tegaknya Islam, bebasnya umat Islam Palestina dan Al-Aqsha,” demikian tekad pejuang Palestina seperti diungkap Abdillah Onim. (salam-online)




 

LIMA SEBAB HAMAS BERHAK MENYERANG REJIM ZIONIS.

Lima sebab mengapa Hamas berhak menyerang rejim Zionis

Antara alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan mereka di Tebing Barat  adalah ‘Israel punya hak untuk mempertahankan dirinya sendiri’ iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.
Terkini, ‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.
Alasan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama, John Kerry, Francois Holande, Angela Merkel dan lain-lain, juga diulang-ulang oleh media-media yang sering menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN, BBC dan ABC.
Malah, ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.
Hakikat yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa jua persenjataan yang ada.
Sebab yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu. Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.
Jadi rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan. HAMAS, Jihad Islam, FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.
Sebab yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah rakyat Palestin dengan amat kejam. Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan 29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi. Menurut statistik dari UN sendiri, dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja. Itu belum yang dipenjarakan, mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan dihalau keluar.
Apakah satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas penjarahan demi penjarahan yang dilakukan? Atas sebab ini, roket-roket HAMAS mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang dibina di atas darah rakyat Palestin.
Sebab yang ketiga, rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya. Tidak pernah ada rundingan yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja.
Sebab yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari dunia luar. Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan, hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Nelayan juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis.
Sebab yang kelima, Gaza juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Antaranya adalah serangan pada tahun 2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu, kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh.
Tidak ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka hati, sekolah dan masjid dimusnahkan, bahkan dalam operasi terbaru yang sedang berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap.
Media sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai dendangan alasan rejim pengganas Zionis.

Mohd Hisham Mohd Sharif 
PhD Candidate 
Business School 
University of Adelaide 
South Australia, Australia