Isnin, 23 Jun 2014

REMAJA CACAT ANGGOTA DIKURUNG SAMPAI KERING.

Dikurung sampai kering

Oleh Mohd Khidir Zakaria
Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
Foto

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

                              DI BAWAH INI ADALAH IBU KPD REMAJA YG DI KURUNG ITU




Rabu, 11 Jun 2014

RAIKAN BULAN RASULULLAH ( NIFSU SYAABAN ).

RAI BULAN RASULULLAH: DOA MUDAH DIMAKBULKAN DOSA DIAMPUNKAN

July 4th, 2012 | 3:15 pm | GeneralTazkirah | 1 response
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujianterhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah SWT telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yg dengki.”
Bulan Syaaban adalah waktu yang sesuai bermuhasabah diri bagi melihat kekurangan, kesalahan dan kelemahan kita supaya dapat diperbaiki. Begitu juga dosa-dosa yang telah dilakukan, sudah sepatutnya kita memohon keampunan daripada Allah SWT. Bulan Syaaban juga waktu yang tepat bagi menyambung silaturrahim dan memohon kemaafan saudara dan kawan-kawan.
Umar bin Khatab, dalam khutbahnya menyatakan, “Hitunglah (bermuhasabah dirinya) kamu semua semua sebelum kamu dihisab (oleh Allah).”(Jami ‘ul Hadis Sunan Tirmizi, Mushannaf Abi Syaibah).
Bulan Syaaban juga sangat baik dijadikan sebagai persediaan, sehingga apabila masuk bulan suci Ramadan, kita sudah bersedia dan terbiasa dalam meraih dan mendapat hidangan serta kemurahan Allah pada bulan Ramadan nanti.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.
Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar NabiMuhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.
Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.
By: Nur ‘Afifah Mohammad

KEBENARAN AL-QURAN MISTERI BINAAN PIRAMID TERJAWAB.

Kebenaran Al-Quran misteri binaan piramid terjawab


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telah pun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”



Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari. 

Wallahu’alam….

Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/21798-kebenaran-al-quran-misteri-binaan-piramid-terjawab

SAINTIS JUMPAI FOSIL SEMUT RAKSASA PALING BESAR DI DUNIA.

SAINTIS MENJUMPAI FOSIL SEMUT RAKSAKSA PALING BESAR DIDUNIA

WASHINGTON - Para ilmuwan di Amerika Serikat (AS) telah menemui fosil spesies semut terbesar yang pernah hidup di Bumi.

Ukuran semut tersebut adalah sekira 5 cm dan disangka hidup sekira 50 juta tahun lalu. Demikian seperti yang diambil dari ABC News, Khamis (5/5/2011).

Bagaimana semut raksasa tersebut hidup dan apa yang dimakan olehnya, sampai sekarang ini masih lagi belum diketahui, namun tiada bantahan jika dikatakan fosil yang bernama Titanomyrma Lubei adalah spesimen yang impresif.

Titanomyrma Lubei adalah fosil semut terbesar, dengan berat sama seperti burung yang berukuran kecil. Bahagian belakang semut ini juga berundak-undak seperti lebah.

Fosil semut raksasa ini sama dengan fosil yang ditemui di Eropah, yang juga berasal dari zaman Eocene Epoch, sekitar 50 juta tahun silam.

Benua Eropah dan Amerika Utara jaraknya adalah berdekatan pada 50 juta yang lalu. Para ilmuwan mengatakan bahawa semut tersebut menjelajah dari satu benua ke benua lainnya melalui pulau yang dulunya ada di sekitar wilayah tersebut.
(ATA) 

NENEK JEPUN KAZAKO INOUE TERCATIK DI DUNIA.

Kazuko Inoue Nenek Tercantik Di Dunia

Sebagian orang berfikir bahwa menjadi tua dan bertambah umur berarti akan ada perubahan pada kulit dan penampakan kita yaitu menjadi kakek atau nenek. Berkeriput jalan membungkuk dan lemah, hal yang sangat kita takutkan. Awet muda adalah dambaan setiap wanita. Untuk menghindari penuaan yang membuat wajah mereka terlihat buruk, para wanita tak segan mengeluarkan biaya yang sangat mahal demi membuat kulit mereka awet muda. Bagaimana dengan yang satu ini sahabat anehdidunia.com? Menjadi nenek yang paling cantik di dunia. Sepertinya tidak bisa kita bayangkan seperti apa penampakan nenek paling cantik di dunia ini, namun sebelumnya sudah pernah kami posting tentang nenek terseksi di dunia, silahkan sahabat anehdidunia.com search dikolom search kami.

Ads by Rich Media ViewAd Options

Salah satu bukti nyata awet muda yang paling menakjubkan mungkin dimiliki oleh wanita asal Jepang yang bernama Kazuko Inoue yang berumur 42 tahun. Keawetan muda Kazuko telah menyihir warga Jepang dan pengguna internet asal China. Pasalnya lewat media sosial, beredarfoto Kazuko Inoue, kedua anaknya dan tiga orang bayi yang sedang duduk berdampingan. Semula tidak ada yang spesial dari foto tersebut karena tampak seperti sekelompok ibu-ibu muda yang membawa bayi mereka.

Namun setelah dijelaskan bahwa Kazuko yang duduk di bagian paling kanan adalah nenek kandung dari ketiga bayi tersebut, foto tersebut langsung membuat pengguna internet ingin mengetahui lebih lanjut soal sosok Kazuko. Ternyata Kazuko menjadi nenek di usia muda karena ia menikah pada saat umurnya 19 tahun. Seperti diketahui bahwa warga Jepang jarang yang menikah dalam usia muda. Anak pertama Kazuko juga menikah di umur yang sama dengan dirinya.


Foto Kazuko Inoue bersama dengan kedua anaknya itu dipublikasikan dalam majalah Jepang lalu disebarluaskan oleh pengguna internet di China. Alhasil di negara Tirai Bambu itu, Kazuko dan keluarganya menjadi perbincangan di dunia maya.

Di Jepang sendiri, Kazuko pernah memenangkan kontes kecantikan yang ditujukan kepada wanita di atas 35 tahun berjudul Kanzai Bimajo. Karena masih muda dan cantik, Kazuko menang dalam kontes tersebut.

Rahasia kecantikan Kazuko Inoue

Ads by Rich Media ViewAd Options

Salah satu penyebab Kazuko masih tampak seusia dengan dua putrinya karena dia menikah di usia yang cukup muda, 19 tahun. Dia juga melahirkan anak pertamanya pada usia tersebut.

Saat diwawancara oleh majalah yang memuat fotonya ini, Kazuko juga mengungkapkan rahasia awet mudanya. "Selalu bersyukur dengan apa yang kamu miliki dan tunjukkan inner beauty yang kamu miliki," ujarnya. Hmm sahabat anehdidunia.com itu adalah kunci awet muda versi Kazuko Inoue.


Selasa, 10 Jun 2014

GELATIN BABI DAN KONSEP ISTIHALAH DALAM FIQH.

Gelatin Babi dan Konsep Istihalah dalam Fiqh

Nama diberi Muhammad Uzair bin Izham. Dilahirkan pada tanggal 27 Ogos 1992 dan menetap di SungaiPetani, Kedah. Bermula bersekolah di Sekolah Rendah Al-Islah Sungai Petani, Kedah (1999-2004) dan meneruskan pengajian di Ma'had At-tarbiyah Al-Islamiyah(MATRI), Perlis dan kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin tahun ke-4 di Universiti Yarmouk, Jordan. Menulis dalam bidang agama di LangitIlahi.com dan bakal menerbitkan buku. Berpengalaman mengurus dan mengendalikan program motivasi dan misi kemanusiaan bersama beberapa NGO di Malaysia dan Jordan.
522645_2785434814484_389162008_n
Baru-baru ini Malaysia digempar dengan isu DNA khinzir yang terdapat dalam coklat Cadbury. Namun setelah dibuat kajian dengan lebih teliti pihak berkewajipan JAKIM telah mengesahkan bahawa ia halal dimakan. Seterusnya lebih mengejutkan masyarakat apabila sebahagian sarjana dalam bidang agama di Malaysia mengemukan pandangan ulama’-ulama’ besar semisal Dr Yusuf Qardawi tentang gelatin khinzir yang halal digunakan.
Mungkin kerana tidak biasa dengan perkara khilaf natijahnya tidak sedikit yang mencaci dan mengkeji mereka yang mengemukan pandangan tersebut walhal hanya menyatakan pandangan ulama’ yang terkini. Ada yang bertindak lebih agresif dengan menanggalkan pakaian adab dalam berbicara dengan mengatakan ulama’-ulama’ besar ini juga ulama’ yang dibayar untuk mengeluarkan fatwa seumpama ini. Bahkan ada sebahagian ilmuan agama yang lain bertindak untuk menolak terus pandangan tersebut sedangkan ia pada asalnya merupakan perbezaan pandangan para ilmuan. Adapun dada perbincangan fiqh sepatutnya dilihat dalam konteks yang luas bukan terikat pada sesuatu pendapat sahaja.
Namun, tidak menafikan ada sebahagian masyarakat yang tidak terburu-buru dalam menilai dan tidak pula meletakkan emosi sebagai akar perbincangan sesuatu masalah, bertindak untuk mengkaji dengan lebih mendalam perihal isu ini dengan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif akan isu ini tentang kesahihan berita mahupun penjelasan lanjut berkenaan fatwa yang telah dikeluarkan. Hal ini patut dipuji.

Hakikat Perbezaan dalam Berpendapat
Imam Hassan Al-Banna ada panduan yang menarik dalam hal perbezaan pendapat ini. Kata beliau[i]:
  • “Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan.”
Hal ini kerana terdapat dua bentuk perbezaan:
i- Khilaf yang dilarang yakni khilaf yang boleh memecahkan ummah seperti khilaf antara pecahan-pecahan daripada islam yang bersangkutan dengan perkara usul aqidah. Juga kebiasaan perbezaan ini adalah berdasarkan emosi dan kurang senang dengan pihak yang lain.
ii- Khilaf yang dibenarkan pula adalah khilaf dalam perkara cabang amalan dan juga ibadah yang mana ia spatutnya tidak menyempitkan dada dan tidak menyakiti sesiapa. Adapun khilaf ini berlaku adalah disebabkan berbeza cara dan tahap kefahaman, keluasan ilmu dan suasana.
  • “Bagi setiap mujtahid (orang yang berijtihad) ada pahalanya.”

Perbezaan yang dibenarkan boleh membawa rahmat kepada manusia jika dilihat dengan skop keluasan islam dalam kehidupan. Sebaliknya membawa bencana jika diuliti perbezaan dengan taasub kepada sesuatu pandangan dan menafikan hak pandangan yang lain walhal ia perkara yang boleh berbeza akannya.
Bagi mereka yang berijtihad dan mengikut pandangan ulama’ atau mazhab terdahulu dengan kekuatan dalil yang digunakan maka bagi mereka pahala samada ia menghampiri kebenaran atau tidak kerana hakikat kebenaran adalah pada sisi Allah. Nabi s.a.w bersabda:
Jika seorang hakim mengeluarkan hukum, dan berijtihad, dan benar pendapatnya maka baginya dua pahala, jika dia berhukum dan berijtihad dan tersalah pendapatnya maka baginya satu pahala. ( HR Muslim)[ii]
  • “Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq(penilaian) ilmu,  penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah SWT, serta kerjasama dalam mencari seterusnya menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.”
Kata Syeikh Waliyullah Ad-Dahlawi:
“ sesungguhnya taasub kepada mazhab ini merupakan faktor utama yang menyebabkan umat islam terbelakang dalam banyak aspek (disebabkan berlaku perbezaan yang tidak terurus), sedangkan imam-imam mazhab sendiri tidak membenarkan pengikutnya taasub pada mazhab mereka mahupun mazhab selainya seperti tercatat dalam tulisan-tulisan mereka sendiri.”[iii]

Pengertian Istihalah dan Syaratnya
Istihalah dalam bahasa arab ada dua maksud iaitu tidak boleh yakni mustahil, juga bermaksud berubah sesuatu daripada tabiatnya dengan berubahnya zat, sifat dan nama bagi.
Dari sudut pengertian istilahnya, istihalah merupakan perubahan sesuatu dan bertukarnya ia dari sifatnya iaitu suatu benda yang najis menjadi suci seperti darah kijang menjadi kasturi, arak menjadi cuka dan lemak najis menjadi sabun yang mana ianya berubah daripada zatnya dan sifatnya secara tabi’e ataupun melalui perantaraan pemeraman atau pembakaran atau bercampur dengan sesuatu yang suci.[iv]
Daripada maksud isithalah ini dapat diketahui bahawa kaedah penyucian ini mesti menepati syaratnya iaitu berubah secara hakikat sesuatu itu dan bertukar ia menjadi sesuatu yang lain yang berbeza dengan asalnya dari sudut namanya, atau zatnya atau ciri-cirinya atau sifatnya. Sebagainya contoh najis yang dijadikan baja bagi anak pokok. Kemudian tumbuh dari anak pokok itu pohon yang berbuah. Buah itu suci kerana ia berlaku proses perubahan kepada suatu bahan yang lain bersama hilangnya sifat asal bahan tersebut seperti dalam syarat yang telah disebutkan.

Pandangan Mazhab-mazhab berkenaan konsep istihalah
Majoriti ulama’ menerima konsep istihalah ini. Namun berbeza tahap capaian peenggunaan istihalah dalam kehidupan. Ada sebahagian mazhab yang menggunakan secara meluas aeperti mazhab Hanafi dan Maliki dan ada juga mengecilkan skop ini seperti mazhab Syafie dan Hanbali. Terdapat juga permaslahan yang disepakati berlakunya padanya prose istihalah dan terdapat juga permasalahan yang tidak disepakati akannya berlaku proses tersebut.
Antara perkara yang diisepkati berlakunya proses istihalah adalah arak bertukar menjadi cuka secara tabi’e. Kata Dr Wahbah Zuhaili[v]:
Fuqaha’ bersepakat bahawa arak yang bertukar menjadi cuka secara tabie tanpa proses pemeraman atau tambahan sumber asing dariluar atau mengubah kedudukan arak itu dari tempat yang gelap kepada sinaran cahaya atau sebaliknya, maka ia adalah suci dan boleh dimakan dan digunakannya. Ini berdasarkan hadis nabi s.a.w daripada Aisyah r.a:
Hidangan yang paling baik adalah cuka. (HR Muslim)[vi]

Adapun perkara yang berbeza ulama’ tentang aplikasi konsep ini adalah berkenaan bertukarnya arak melalui proses tertentu seperti pemeraman dan juga pertukaran sesuatu bahan yang tidak terdapat nas tentangnya.
i- Arak bertukar melalui proses
Mazhab Hanafi, Maliki, Zahiri bersependapat bahawa ia adalah suci dan boleh digunakan sama ada melalui proses ataupun secara tabie. Hal ini dikuatkan dengan perbuatan sebahgaian para sahabat seperti  Saidina Ali r.a dan juga Ibn Umar r.a. dengan menggunakan ‘qias’ sucinya kulit binatang dengan samak kerana hilangnya najis pada cuka tersebut yang menyebabkan mabuk.
Mazhab Syafie, Hanbali berpendapat bahawa arak tidak menjadi suci jika melalui proses yang tertentu, hanya secara tabie sahaja menjadikan ia suci (seperti masalah di atas) berdasarkan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya nabi s.a.w telah ditanyakan tentang adakah arak diambil selepas diproses (pemeraman). Jawab baginda : “Tidak” (HR Muslim)[vii]

ii- Perkara yang tidak terdapat dapat dalam nas akan aplikasi istihalah ke atasnya seperti darah kijang menjadi kasturi, lemak najis menjadi sabun, tahi menjadi baja selepas dibakar, najis yang ditanam dalam tanah dan hilang kesannya, ubat-ubatan yang bercampur asalnya najis menjadi suci selepas proses kimia dan sebagainya.
Jumhur ulama’ mazhab hanafi,maliki zahiri, ibn taimiyah, ibn qayyim, assyaukani mengatakan perkara-perkara ini menjadi suci dengan proses istihalah[viii] berdasarkan dalil penukaran arak menjadi cuka adalah suci (seperti di atas) juga berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas bahawa nabi s.a.w bersabda:
Mana-mana kulit binatang yang disamak maka ia suci. (HR Tidmidzi)[ix]
Dalil-dalil ini menunjukkan bahawa sesuatu yang asalnya najis menjadi suci apabila berlaku proses-proses yang tertentu hingga hilang sifatnyanya, ciri-cirinya dan bertukar namanya.
 Manakala mazhab syafie dan hanbali berpendapat perkara-perkara ini tidak menjadikan ia suci dengan istihalah[x]. Hali ini kerana najis seperti khinzir dan anjing itu adalah najis dari sudut zatnya sendiri dan ia tidak boleh disucikan melalui istihalah.
Adapun pendapat mazhab syafie dan hanbali ini boleh dikonklusikan dalam penyataan[xi]:
Mazhab Syafie: Tidak menjadi suci daripada bahan yang mempunyai najis itu dengan istihalah kecuali dalam tiga keadaan:
i) arak yang menjadi cuka dengan secara tabie
ii) kulit binatang yang mati (selain dari anjing dan babi) apabila disamak
iii) sesuatu yang berubah menjadi binatang, seperti bangkai yang bertukar menjadi ulat, kerana wujudnya hidupan
Mazhab Hanbali: Tidak menjadi suci sesuatu yang najis dengan istihalah kerana nabi s.a.w melarang untuk memakan sesuatu perkara yang najis, walaupun diaplikasikan proses penukaran (istihalah) berdasarkan hadis daripada Ibn Umar r.a:
Rasulullah s.a.w melarang untuk memakan binatang yang memakan najis (al-jallalah) dan susunya. (HR Tirmidzi)[xii]

Rumusan pendapat Mazhab dan aplikasi konsep Istihalah masa kini
Dewasa ini perindustrian makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan harian telah banyak bercampur dengan bahan-bahan haram atau najis khususnya unsur dari khinzir dari segi lemaknya, darah, tulang dan lain-lain.
Jika dinilai semula kepada produk-produk yang dihasilkan tersebut,  secara zahirnya ia tidak lagi mempunyai sifat-sifat atau unsur babi. Bahan- bahan dari babi seperti gelatin, lemak, darah, tulang dan organ-organ lain telah melalui pelbagai proses secara kimia dan menghasilkan bahan yang tidak lagi mempunyai sifat najis babi berkenaan pada pandangan mata kasar. Apabila dicampurkan dalam bahan makanan atau ubat-ubatan untuk tujuan pengawetan dan seumpamanya maka ia telah bercampur dengan bahan lain yang lebih dominan dan ia tidak lagi menjadi satu bahan yang kelihatan najis pada zahirnya.
Dalam menjawab persoalan ini dengan menggunakan kayu ukur kaedah istihalah, kita dapati bahawa jika berasaskan kepada mazhab Hanafi, Maliki, Ibn Hazm (zahiri) dan mereka yang sependapat dengannya, kaedah istihalah ini boleh diaplikasi dan menjadikan ia bahan yang suci dan halal dimakan atau digunakan. Ini kerana bagi mereka setiap bahan najis yang telah bertukar sifat dan ciri-cirinya tidak lagi dinamakan dengan nama najis itu tetapi telah bertukar menjadi satu bahan lain yang mempunyai sifat dan ciri-ciri baru dan nama baru. Contohnya tulang babi yang asalnya najis dan haram, tetapi apabila diproses menjadi gelatin, sifat najis tulang babi tersebut telah hilang kerana perubahan pada sifat dan namanya. Kemudian apabila gelatin itu dicampurkan dalam bahan makanan dan menjadi salah satu dari ingredientnya, sifatnya telah menjadi semakin jauh berubah dan ia tidak lagi dikenali sebagai bahan tersebut, walaupun fungsinya tetap ada. Jika ia dimasukkan dalam gula-gula, produk akhir itu dikenali sebagai gula-gula, bukannya gelatin.
Bagaimanapun, jika dinilai dari perspektif mazhab Syafie dan Hanbali yang agak ketat penerimaan mereka terhadap konsep istihalah ini, proses perubahan bahan najis dari babi seperti yang dinyatakan di atas kepada bahan lain seperti gelatin dan serum, tidak semestinya sifat kenajisannya itu telah hilang, sebaliknya ia mungkin kekal bersama nama baru yang diberikan kepadanya. Ini kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku kerana perubahan yang berlaku mungkin tidak sepenuhnya dan sifat-sifatnya kenajisannya mungkin kekal dan tidak mengalami sebarang perubahan. Jika setiap perubahan nama itu boleh dikatakan telah berlaku istihalah sudah tentulah bahanbahan dari babi yang tidak begitu jelas kenajisannya iaitu selain dari daging, tulang, kulit, bulu dan organ-organ lain itu boleh digunakan secara meluas tanpa perlu dibimbangi kenajisannya. Ini membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan babi secara berleluasa dan akan menjerumuskan umat Islam kepada penggunaan sesuatu yang najis dan haram.[xiii]
Berdasarkan kajian ini, kita dapati bahawa sarjana feqah terdahulu berbeza pendapat dalam mengaplikasikan konsep istihalah ini dalam kehidupan. Justeru itu, sebagai mana luasnya dada fiqh dalam masalah ini, perlu juga bagi kita terutama masyarakat awam untuk berlapang dada dalam menguruskan perbezaan ini.
Tidaklah pula dikeji ingin meringan-ringankan agama bagi mereka yang menerima pendapat yang membenarkan yang mana selari dengan pendapat ulama’-ulama’ kontemporari, dan tidak pula dianggap jumud (tertutup) bagi mereka menerima sebaliknya kerana mungkin ia jalan terbaik bagi sesetengah pihak untuk menghilangkan perasaan sangka-sangka dan jauhi perkara yang dianggap syubhah.
Adapun bagi masyarakat awam yang menerima pendapat yang membenarkan tidak perlu meneliti secara mendalam sesuatu bahan itu sama ada ia telah boleh digunakan (selepas proses istihalah) atau tidak. Cukup sekadar keyakinan dan kepercayaan yang disandarkan kepada badan yang berwajib untuk meniliti dan memeriksa kandungan bahan-bahan tersebut kerana asal kepada sesuatu makanan itu adalah halal kecuali ada bukti pengharamannya.

Dr Yusuf Qardawi dan fatwa halal gelatin babi
Berdasarkan penerangan di atas dapat kita simpulkan, bahawa fatwa ini tidak menyanggahi sebahagian pendapat ulama’-ulama’ yang terdahulu. Fatwa ini juga dipersetujui oleh para sarjana terkini seperti Dr Wahbah Zuhaili dan Majlis Fatwa Eropah. Bahkan ada beberapa perkara lain yang menarik yang lain yang boleh di kongsikan bersama.
Dalam resolusi Nadhwah yang ke-8 bertajukkan “Pengurusan Islam dalam Permasalahan Perubatan” yang dinaungi oleh Dr Yusuf Qardawi turut dihadiri oleh ilmuan daripada Al-Azhar, Pertubuhan Fiqh Islami Jeddah, Maktab Iklimi dalam Pengurusan Kesihatan Iskandariah, Kementerian Kesihatan Kuwait yang berlangsung di Kuwait bertarikh 22-24 Zulhijjah 1415 bersamaan 22-24 Mei 1995[xiv], diputuskan beberapa solusi:
1- Produk-produk makanan yang mengandungi lemak babi dalam bahan-bahannya TANPA proses istihalah terhadapnya diharamkan secara mutlak
2- Insulin daripada khinzir untuk tujuan perubatan dibolehkan disebabkan darurat, namun mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan syara’.
3. Istihalah iaitu perubahan bentuk najis itu kepada suatu bentuk yang lain yang mana berubah sifat najisnya yang asal kepada suatu yang suci seperti:
i.Gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah daripada tulang binatang najis, kulit dan uratnya adalah bersih dan halal dimakan.
ii. Sabun yng dibuat melalui proses istihalah dari lemak khinzir ataupun bangkai binatang adalah suci dan harus digunakan.
iii.Keju atau susu yang dihasilkan daripada proses abomasum[xv]/rennet[xvi] (إنفحة )[xvii]daripada bangkai haiwan yang halal dimakan adalah suci dan halal dimakan.
iv. Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak boleh digunakan, kecuali jika telah pasti berlaku proses istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau zatnya.

Kesimpulan: Berlapang dada dan ubah yang lebih utama!
Kita dapat lihat bahawa isu ini adalah isu perbezaan pendapat sarjana dalam menilai dalil dan nas agama berdasarkan kemahiran dan kepakaran melalui ijtihad masing-masing. Justeru itu, apabila ia suatu bentuk perbezaan yang bukan membawa penyelewengan dan tidak berasas, sepatutnya kita berusaha untuk menerima perbezaan tersebut dengan lapang dada dan mengikut pandangan yang kita rasa sesuai dengan kita tanpa menyalahkan pihak yang lain atas pegangan mereka kerana hakikat panduan islam dalam kehidupan itu amat luas melebihi jangkauan pandangan sesetengah kita.
Adapun yang lebih utama adalah untuk kita berusaha mencegah atau meninggalkan perkara yang sedia haram yang jelas nampak di hadapan mata kita sama ada dalam bentuk produk seperti rokok ataupun dalam bentuk sistem seperti riba (sekadar kemampuan). Bukan bermaksud tidak cakna kepada produk makanan ini, bahkan perlu ambil berat kerana makanan boleh memberi kesan pada kehidupan seharian kita sama ada dari sudut kesihatan mahupun roh kita, tetapi perkara-perkara ini kita bisa bergantung kepada pihak berwajib untuk menentukannya sedangkan hal-hal di atas (rokok,riba) kita punyai pilihan dan alternative lain.
Wallahualam~


[i]  الطحان, مصطفى محمد, الفكر السلامي الوسط, 55-60
[ii] مسلم, مسلم بن حجاج, صحيح مسلم, كتاب الأقضية, باب بين أجر الحاكم…,رقم3232
[iii] الدهلوي,ولي الله, انصاف في بيان اسباب الإختلاف, 5
[iv] الذحيلي, وهبة, موسوعة الفقه الإسلامي والقضيا المعاصرة, 12/822-823
[v] مصدر السابق,12/827
[vi] مسلم, مسلم بن حجاج, صحيح مسلم,كتاب الأشربة, باب فضيلة الخل والتأدم به, رقم 3802
[vii] مصدر السابق, باب تحريم تخليل الخمر, رقم 3648
[viii] /82912الذحيلي, وهبة, موسوعة الفقه الإسلامي والقضيا المعاصرة,
[ix] الترميذي, محمد بن عيسى, سنن الترميذي, كتاب الإستئذان و الأداب, باب مناقب أسامة بن زيد, رقم 3494
[x] الذحيلي, وهبة, موسوعة الفقه الإسلامي والقضيا المعاصرة,12/830
[xi] الذحيلي, وهبة, موسوعة الفقه الإسلامي والقضيا المعاصرة, 12/834
[xii] الترميذي, محمد بن عيسى, سنن الترميذي, كتاب الطهارة, بابا في كراهية البول في المغتسل, رقم 54
[xiii] Kertas Kerja Pendekatan Istihalah Dalam Produk yang Berunsurkan Babi, Oleh Dr Saadan Man, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
[xiv]      الذحيلي, وهبة, موسوعة الفقه الإسلامي والقضيا المعاصرة, 9/826-830
[xv] Kamus Dewan bahasa dan Pustaka Online: Abomasum ialah bahagian keempat dan terakhir perut haiwan ruminan yg merupakan ruang pencernaan sebenar.
[xvi] Kamus Dewan bahasa dan Pustaka Online: Rennet adalah proses pengumpalan.
 
 
 

9 Comments

  1. Nur Fatimah  /  10 June 2014, 6:23 amReply
    Boleh saudara terangkan lebih dalam:
    1. apakah yg dimaksudkan dgn zat/sifat babi/anjing?
    2. Apabila zat ini bertukar, adakah maksudnya ia tidak lagi kelihatan seperti fizikal babi?
    3. Bg emulsifier cthnya e471, yg dihasilkan melalui proses esterification, boleh dihasilkan drpd haiwan juga. Kalau haiwan itu bukan babi, ia adalah halal walau tidak disembelih halal? Atau adakah proses esterification itu sendiri boleh dikategori sbg istilah?
    • uzair izham  /  10 June 2014, 7:52 pmReply
      Nur fatimah:
      1. zat/sifat anjing atau babi itu disebutkan dalm kitab sbg ‘ain najasah’. Jika elemen2 drpd babi itu masih boleh kelihatan ketika proses transform ia bersama bahan2 yg lain utk mnghasilkan sesuatu produk masih boleh dilihat akan kesan2nya maka proses istihalal tidak berlaku.. istihalah hnya proses penukaran secara total.
      2. ya ia tidak kelihatan serperti fizikal babi dan tidak juga seperti mana2 elemen dlm babi.
      3. maafkn saya yg cetek ilmu.. saya tidak dpt mengenal pasti secara tepat istilah2 (emulsifier, e471,esterification). jadi saya tidak dpt memberikan jawapan pd soalan anda. apapun kebiasaan ulama’ dalam mengeluarkan fatwa akan sesuatu isu terutama brkenaan pngkajian sebegini, akn merujuk juga kpd bidang2 tertentu seperi biotek, perubatan, farmasi dsb dlam menentukan sesuatu bahan itu melalui proses kimia sama ada ia boleh dianggap halal atau tidak.
  2. Tahir Ali  /  10 June 2014, 7:16 amReply
    Salam
    Saya nak tanya soalan. Kalau sains
    menetapkan istihalah tidak berlaku dalam
    kes gelatin, masih ada ke khilaf disebabkan
    penilaian terhadap nas sahaja?
    Disebut ” 1- Produk-produk makanan yang mengandungi lemak babi dalam bahan-bahannya TANPA proses istihalah terhadapnya diharamkan secara mutlak”
    Semua makmal boleh buktikan bahawa
    Istihalah TIDAK berlaku dalam kes
    Gelatin
    2- Insulin daripada khinzir untuk tujuan perubatan dibolehkan disebabkan darurat, namun mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan syara
    Pada tahun 80an lagi sudah kluar insulin
    Tanpa menggunakan protein khinzir.
    Di mananya darurat?
    Boleh ke ulama updat pendirian mereka?
    • uzair izham  /  10 June 2014, 7:53 pmReply
      Tahir Ali: wassalamualaikum w.b.t
      Jika sains meletakakn tidak berlaku istihalah maka kajian sains ini didahulukan. hal ini kerana dalil aqal yang thubut (tetap) tidak akan bercanggah dgn dalil/nas yang zhonni. ada didahulukan dalil aqal yg thubut. dalam kes ini, semasa nadwah itu berlangsung di Kuwait pd 1995, seorang drpd majlis tersebut Dr muhammad Hawari telah membentangkan kajiannya tntng istihalah dlm gelatin ini, dan membuktikan boleh berlaku istihalah dlm elemen babi. (boleh rujuk laman rasmi beliau http://www.qaradawi.net/new/component/content/article/220-2014-01-26-18-21-41/2014-01-26-18-26-08/632-#لحم%20الخنـزير%20أم%20كل%20المشتقات). justeru itu juga, jika makmal boleh membuktikan tidak berlaku proses istihalah, maka ia diambil berdasarkan keputusan makmal.
      Perihal darurat tidak ditentukan oleh ulama’ sebaliknya pakar2 dari kalangan Doktor perubatan, ahli farmasi, atau pengkaji-pengkaji dalam bidang perubatan ini untuk menyelesaikan kes-kes kesihatan. jika ahli dlm bidang perubatan membuat kesimpulan dalam sesuatu kes perlukan guna insulin tersebut, maka di sini datang darurat. jika tidak maka mengelak daripada menggunakannya menjadi satu kewajipan.
      ya boleh. seperti mana yang saya sebutkan di atas, jika terbukti dalam kajian sains tidak berlaku istihalah, mereka boleh berubah pandangan mereka. tetapi dalam kes ini ada bukti kajian dari salah seorang majlis ulama’ tersebut. secara umum kes ini melibatkan muamalat. dalam muamalat bisa terjadi perubahan dalam fatwa disebabkan dengan perkembangan teknologi yg boleh membuktikan sesuatu itu dengan lbh tepat.
      wallahualam.
  3. Amrahi bin Buang  /  10 June 2014, 8:51 amReply
    As Salam. Saya mengucapkan tahniah dan syabas diatas penulisan ini. Saya adalah Ketua Pegawai Farmasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan juga menjawat Timbalan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia. Saya telah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang farmasi hospital. Saya telah berkecimpung dengan isu halal haram ubat ini hampir-hampir dua dekad yang lalu. Kami di PPUM dan Fakulti Perubatan UM telah lama membincangkan perkara ini dan telah banyak mempelajari hukum-hukum syariah dari sudut perubatan. Guru-guru kami adalah dari kalangan mufti-mufti, para pensyarah Akademi Pengajian Islam UM dan para agamawan yang lain. Kami juga diajar oleh Prof Dr Omar Hasan Kasule yang merupakan pakar perubatan yang merebentuk kurikulum perubatan di UIAM. Dalam hal istihalah ini juga telah kami bincangkan 12 tahun yang lalu dalam persidangan perubatan daripada perspektif Islam. Saya telah pun memberikan pandangan saya melalui facebook saya. Pada pendapat saya, sewajarnya ulama-ulama mengadakan perbincangan dengan profesional kesihatan yang beramanah dan ikhlas agar fatwa-fatwa yang dihasilkan tidak bercanggah dengan keadaan sebenar mengikut ilmu perubatan dan ilmu farmasi itu sendiri. Jika ia melibatkan ubat, tanyalah kepada pakar ubat yang berilmu dan beramanah. Pakar perubatan tidak mempunyai ilmu ubat seperti pakar farmasi. Maka dalam konteks istihalah berkaitan gelatin, sebenarnya tidak berlaku.
    Waulahu’alam
    • uzair izham  /  10 June 2014, 7:54 pmReply
      Tuan Amrahi bin buang: waalaikumsalam w.b.t.
      Terima kasih sudi baca artikel saya sebgai penuntut ilmu yg masih muda ini.. ini adalh suatu pnghargaan buat saya.
      Dalam isu ini saya cuma menukilkan pendapat2 ulama’. saya bukan arif dalam bidang perubatan/farmasi dll juga bukan arif dalam bidang agama. dalam isu gelatin halal yang saya bawakan melalui pendapat Dr Yusuf Qardawi sbgaimana sya jelaskan di atas, beliau tidak mengeluarkan fatwa ini berseorangan bahkan berdiri bersama beliau pakar-pakar yg lain.
      dalam kes ini, semasa nadwah itu berlangsung di Kuwait pd 1995, seorang drpd majlis tersebut Dr muhammad Hawari telah membentangkan kajiannya tntng istihalah dlm gelatin ini, dan membuktikan boleh berlaku istihalah dlm elemen babi. (boleh rujuk laman rasmi beliau http://www.qaradawi.net/new/component/content/article/220-2014-01-26-18-21-41/2014-01-26-18-26-08/632-#لحم%20الخنـزير%20أم%20كل%20المشتقات).
      Ya boleh jadi pandangan Tuan benar disebabkan peredaran zaman bersama berkembangnya teknologi kerana ia dalam kes yg melibatkan muamalat yg dapat menerima perubahan.
  4. hassan  /  10 June 2014, 10:04 amReply
    Secara peribadi, adakah anda akan Makan makanan itu jika diketahui mengandungi gelatin babi?
  5. gaban saifullah  /  10 June 2014, 7:50 pmReply
    salam …
    saya x dapat terima tapi hujah saya berdasarkan emosi semata2x …tiada alasan utk kita halalkan perkara yg datang dari babi dan annjing . apa saja yg datang dari 2 binatang ni atau pun perkahwinan antaranya dengan haiwan lain adalah haram utk dimakan dan di guna . apa susah sangat . kenapa penting sangat babi ni pada kita sekarang?
  6. uzair izham  /  10 June 2014, 8:02 pmReply
    Dalam artikel ini saya tidak bincangkan hak peribadi masing2. saya hanya menukilkan kata-kta ulama’ berkenaan isu ini supaya pembaca dapat tahu bahawa dalam fiqh isu ini dibincangkan juga secara meluas. adapun ingin mengikut mana2 keputusan itu adalah bergantung pada diri masing2 disebabkan masing2 dah mengetahui bahwa ia adalah isu khilaf yang boleh diuruskan dgn baik. juga ia bergantung kpd pihak badan berwajib utk tentukan keputusan bagi masyarakat keseluruhannya. cuma pendapat saya, jika ia bukanlah makanan yang asas yg tidak menyebabkan berlaku mudharat. adalah lebih baik dielakkan..
    wallahualam.