Khamis, 22 Mei 2014

KEPADA SEMUA PEMEGANG KAD DEBIT DAN KAD KREDIT HARUS BERHAT-HATI DGN TIPU DAYA ORG YG KITA TAK KENALI.

SILA BERRHATI-HATI KEPADA SEMUA!!
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.
lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:
Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!
Sila share kepada rakan-rakan anda.

SEORG TENTERA DI NEGARA ASING DI HINA KRN MEMPERCAYAI ALLAH DAN ALLAH MENUNJUKKAN KUASANYA.

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')
Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...
Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....
Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...
kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...
lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...
lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...
PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

Ahad, 18 Mei 2014

JBMR CABAR KELASAKAN PELUMBA.

JBMR cabar kelasakan pelumba

PERLUMBAAN lasak basikal gunung menuntut pelumba merentasi pelbagai halangan semulajadi seperti mendaki, menurun bukit dan merentasi halangan anak sungai semakin popular.
Apa tidaknya, trend remaja berbasikal semakin ketara dan mudah dilihat di mana-mana sahaja.
Kejohanan Janda Baik Mountainbike Ride (JBMR) 2014 yang berlangsung baru-baru ini di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang itu merupakan antara kejayaan yang boleh menjadi kayu pengukur kepada pertandingan lain.
Kehadiran pelumba profesional dan amatur bersaing di kawasan kaki hutan banjaran Titiwangsa tersebut tetap menjamin satu cabaran getir.
Walaupun ada peserta yang kali pertama menyertai perlumbaan basikal lasak, mereka tetap mampu mempamerkan semangat juang tinggi untuk bersaing dan menghabiskan perlumbaan.
Kejohanan anjuran Sk Event Pro Bike Mgt dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Negeri Pahang dan Johor itu dibahagikan kepada lima kategori iaitu kategori utama, terbuka lelaki, terbuka wanita, terbuka senior dan terbuka junior disertai kira-kira 1,800 peserta dari seluruh negara.
Menurut Pengarah Urusan Sk Eevent Pro Bike Mgt, Datin Hayati Laham, cabaran pada tahun ini disifatkan lebih mencabar berbanding edisi pertama tahun lalu.
"Pada tahun ini, kita sebagai penganjur telah membuat keputusan untuk memperbanyakkan lagi halangan bagi menjadikan laluan trek lebih getir dan mencabar.
"Sebanyak 20 halangan terdiri daripada mendaki bukit, menurun bukit dan merentasi laluan anak sungai perlu dilalui oleh para peserta sebagai 'check point' sebelum perlumbaan berjaya ditamatkan," katanya kepada .com.
Tambahnya, pelumbaan kali ini juga turut dimeriahkan dengan penyertaan beberapa pelumba negara seperti Anuar Manan.
Katanya, terdapat dua sirkit dianjurkan oleh pihaknya yang dibuka kepada pelumba-pelumba basikal lasak di seluruh negara, pertama di Janda Baik, Pahang dan kedua di Gunung Ledang, Johor Bahru pada 3 Mei ini.

Sebahagian pelumba yang menyertai Janda Baik Mountainbike Ride 2014 di Kampung Janda Baik baru-baru ini.
Bagi peserta dari Melaka yang mewakili pasukan Bukit Katil Cycling Club (BKCC), Mohd. Hariz Zainal, 18, dia teruja menyertai kejohanan itu, terutama dalam memenuhi impiannya mewakili negeri Melaka ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis bermula 24 Mei hingga 4 Jun ini.
Mendapat pendedahan awal daripada pasukannya BKCC, dia jelas bijak menguasai saingan untuk muncul tempat ketiga pada kategori berkenaan.
"Setiap peserta memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menguasai trek sejauh 30 kilometer (km) itu tambahan pula treknya yang mencabar termasuk memiliki cerun licin dan selekoh tajam.
"Apa-apa pun, JBMR 2014 ini berjaya memberikan saya pengalaman berharga termasuk mengenalpasti beberapa kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki sebelum bertanding di perlumbaan lebih berprestij seperti Sukma nanti," katanya yang amat menggemari halangan downhill.
Manakala, bekas pelumba basikal gunung negara yang pernah beraksi di Sukan SEA Myanmar hujung tahun lalu, Shahrir Amir yang baharu mencecah usia 30 pada tahun ini berkata, penyertaannya pada kali ini adalah sekadar untuk beriadah selain mengekalkan tahap kecergasan dan stamina pada diri sendiri.
"Bagi saya, kualiti penganjuran sukan basikal lasak di Janda Baik ini berjaya mencapai kualiti setara dengan perlumbaan peringkat nasional yang lain di negara ini. Hal ini kerana kesemua halangan dianggap penting yang perlu ada pada 'Offroad' seperti meredah laluan anak sungai, menurun cerun bukit dan mendaki bukit ada ditawarkan oleh penganjur," katanya yang mewakili pasukan Giant Bicycle Malaysia.
Sementara itu, Irfan Danial Nor Azlan, 15, yang merupakan peserta individu pada perlumbaan kali ini berpendapat, golongan remaja sepatutnya mengambil peluang memanfaatkan usia muda mereka dengan menyertai aktiviti sukan lasak seperti JBMR 2014 ini.
"Basikal gunung bukan sahaja dapat mengekalkan tahap kecergasan serta meningkatkan stamina seseorang malah ia boleh mematangkan pemikiran seseorang remaja itu dari tahap tindakan dan membuat sesuatu keputusan," katanya yang merupakan pelajar Tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, Kuala Lumpur. - Dhiya’ Zulhilmi Daud/ROY AZIS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20140426/rk_02/JBMR-cabar-kelasakan-pelumba#ixzz324yBogFn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RAIH JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN QARI TERENGGANU DAN QARIAH PAHANG.

Raih johan tilawah kebangsaan
  • Raih johan tilawah kebangsaanPemenang qari dan qariah Tilawah Al-Quran bergambar bersama Tengku Abdullah (tiga, kanan), Adnan (tengah) dan Jamil Khir (dua kanan) malam tadi.
 1 / 1 
KUANTAN - Qari dari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali, 29, dan penyandang johan qariah tahun lalu dari Pahang, Hanimzah Jalaluddin, 32, dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah, dekat sini, malam tadi.

Pemenang, masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji selain wang tunai RM15,000 serta piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan dan pakej menunaikan ibadat haji.

Ahmad Tirmizi yang memperdengarkan  bacaan surah al-Imran’ ayat 177 memperoleh 91.67 peratus, manakala Hanimzah yang memperdengarkan bacaan surah al-Israq pula memperoleh 88.67 peratus.

Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Dalam pada itu, johan keseluruhan dengan memperoleh 85.17 peratus pula dimenangi negeri Terengganu.

Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan ‘Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ menyaksikan 30 peserta iaitu 14 qari dan 14 qariah serta dua johan pada edisi sebelumnya.
ARTIKEL BERKAITAN

BUKU DAKWA MH370 DITEMBAK DALAM LATIHAN TENTERA DAKWAAN ATAU ANDAIAN SAHAJA.

Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera
  • Flight MH370Buku Flight MH370.
 1 / 1 
SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN

PULAU ANEH KELIHATAN SEPERTI PLANET ALIEN.

Pulau Aneh Yang Kelihatan Seperti Planet Alien

Socotra adalah nama sebuah pulau yang terletak kurang lebih 400 kilometer dari Republik Yaman. Saintis menyebutnya sebagai Galapagos Kedua dan orang awam menyebutnya sebagai tempat yang paling mirip dengan planet Alien di muka Bumi. Semua itu kerana satu pertiga daripada tumbuhan yang hidup di Socotra tidak tumbuh di mana-mana di muka Bumi ini.

Tercatat ada lebih dari 825 spesies tanaman unik tumbuh di Socotra. Tidak hanya tanaman, saintis juga mendapati bahawa 90% reptilia dan 95% siput yang hidup di Socotra tak boleh dijumpai di mana pun di seluruh dunia kecuali di Socotra.

Saintis menduga bahawa ratusan juta tahun yang lalu pada era Miocene, Socotra terpisah dari benua Gondwana lalu berdiri sendiri sebagai pulau. Hal ini lah yang menyebabkan tanaman di pulau seluas 3665 kilometer persegi tersebut tidak tersebar luas ke benua utama.

Pelancongan di Socotra

Socotra sebenarnya adalah nama sebuah wilayah yang terdiri daripada empat buah pulau. Pulau yang paling besar bernama Socotra. Pada tahun 1511 Socotra berada dibawah kekuasaan kesultanan Mahra. Kemudian tahun 1867 bergabung dengan wilayah naungan Inggeris. Pada tahun 1967 semasa kesultanan Mahra sudah tidak berkuasa lagi Socotra bergabung dengan Yaman Selatan, hingga tahun 1990 Yaman bersatu menjadi Republik Yaman.

Socotra sendiri baru mula dikenali ramai setelah saintis dari PBB datang dan meneliti tumbuh-tumbuhan disana. Mulai tahun 1990an Socotra mula dikenali dunia dan perlahan menjadi destinasi pelancongan yang unik di Yaman. Pada tahun 2008 Socotra dimasukkan ke dalam senarai UNESCO sebagai tapak warisan dunia.

Dragon Tree / Pohon Naga (Dracaena Cinnabari)

Inilah tanaman yang paling menarik perhatian di Socotra: Dragon Tree atau Pohon Naga. Disebut demikian kerana pokok yang berbentuk seperti payung ini mempunyai getah berwarna merah yang oleh penduduk setempat dipercayai berasal dari Naga zaman dahulu kala. Penduduk tempatan menggunakan getah pokok ini untuk merawat penyakit dan sebagai bahan pewarna.
Socotra Dessert Tree / Bottle Tree (Adenium Obesum var Socotranum)

Tumbuhan yang unik ini menjadi daya tarik kedua pulau Socotra kerana bentuk fizikalnya yang gemuk dan bulat. Penduduk setempat bahkan menamakannya Pohon Botol (Bottle Tree). Pohon Botol ini boleh berbunga, dan bunganya berwarna pink yang cantik.








JAMBATAN NGERI DI GUNUNG TIANMEN , CHINA.

Pemandangan Ngeri Dari Jambatan Kematian Di Tebing Gunung

Seperti yang dipetik dari weirdasianews.com, jambatan yang diperbuat dari lantai kaca ini disebut Jambatan Kematian kerana kengerian yang luar biasa dirasakan bejalan kaki di atasnya.

Jambatan sepanjang kira-kira 60 meter ini mengelilingi Gunung Tianmen yang terletak di Gunung Tianmen, Wilayah Hunan, China. Jambatan yang hanya selebar sekitar hampir 2 meter ini berada di ketinggian 1.430 meter. Berada di tebing gunung. Jambatan yang menggunakan kaca-kaca setebal 2.5 inci ini menyediakan kengerian yang luar biasa. Dengan permukaan jalan jambatan yang diperbuat dari kaca, pelancong boleh menikmati keindahan alam dari ketinggian, tepat di bawah kaki.

Para pelancong diwajibkan memakai penutup kain untuk tapak kasut. Peraturan ini dilakukan agar kaca mudah dibersihkan.