Ahad, 8 Jun 2014

WAJARKAH PEKERJA PELANTAR MINYAK DIPECAT KRN EMEL MAKLUMAT MH 370 ?.

Pekerja pelantar minyak dipecat kerana emel maklumat MH370

email
comments
Pekerja pelantar minyak dipecat kerana emel maklumat MH370
MH370: Pesawat penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac masih tidak dijumpai. -Gambar Fail.
Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.

"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.

Lokasi pelantar minyak
McKay berkata, dia ternampak penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang terbakar di langit dari pelantar beliau awal pada 8 Mac.

Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New ZealandSunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahuABC Newsdari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha  carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

PAHANG JUARA KALI KE 2 PIALA FA.

Anda di sini: Laman Utama | Sukan »

Zainal puas hati aksi anak buah julang Piala FA 2014

email
comments
Zainal puas hati aksi anak buah julang Piala FA 2014
Zainal puas hati aksi anak buah julang Piala FA 2014
SHAH ALAM: Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berpuas hati dengan persembahan anak didiknya yang berjaya mempersembahan aksi cemerlang untuk menjulang Piala FA 2014 malam ini.

Beliau berkata dua gol kemenangan tersebut amat penting bagi membolehkan skuad Tok Gajah sekali lagi muncul sebagai johan piala berprestij itu selepas kali pertama memenanginya pada tahun 2006.

Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam malam ini.

Zainal Abidin mengakui bahawa pasukan 'Tok Gajah' lambat panas' apabila ketinggalan 0-1 pada aksi 30 minit pertama.

"Saya memang akui mereka (pemainnya) tidak bermain permainan biasa apabila banyak membuat hantaran jauh sehingga membolehkan Felda United mendahului permainan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Beliau bagaimanapun berbangga apabila pemain simpanan yang dibawa masuk pada minit ke-69, Mohd Faizol Hussain mengembalikan harapan Pahang untuk menjulang Piala FA apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.

Katanya, ini membuktikan semua pemain bermain baik dan setiap pemain memberi kerjasama sehingga membolehkan mereka sekali lagi menjulang Piala FA.

"Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik dan saya akui Felda memang pasukan yang layak bermain di Liga Super pada musim akan datang," katanya.

Sementara itu, bagi pengendali 'The Fighters', Irfan Bakti Abu Salim, beliau melihat beberapa pemainnya membuat kesilapan sama lewat babak kedua sehingga membuka ruang untuk Pahang menjaringkan dua gol.

"Saya memang kecewa apabila kesilapan mudah yang sama ini akhirnya memakan diri apabila kita terlepas peluang menjulang piala buat kali pertama," katanya.

Katanya, secara keseluruhan permainan skuad 'The Fighters' bagaimanapun baik dengan kawalan bola yang kemas sepanjang perlawanan.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

JANGAN MENGADAP KOMPUTER LEBIH 5 JAM SEHARI KRN ANDA AKAN MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN.

Kesihatan I Awas..!! Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari. Mengapa..? Baca....!!!

Assalammualikum semua........malaysiascore hendak berkongsi satu artikel berkaitan kesihatan anda...apa yang hendak diceritakan oleh artikel ini...? Mari baca...!!!!

Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal.

Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalamExaminer, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis. 

P/s: Sila ambil perhatian, jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari. Jagalah kesihatan anda untuk keluarga tercinta....

YARETA TUMBUHAN PURBA BERUSIA 3,000 TAHUN.

[Fenomena] Yareta: Tumbuhan Purba Berusia 3,000 Tahun =D

Bagi kebanyakkan tumbuh-tumbuhan, jarang ada yang mampu bertahan sehingga ribuan tahun berikutan jangka hayat yang singkat..Namun, di Bolivia, terdapat sejenis tumbuhan unik zaman purba mampu hidup sehingga ke hari ini dan mencecah usia 3,000 tahun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 
Yareta (Azorella compacta), juga dikenali sebagai "Llareta" dalam bahasa Sepanyol, merupakan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga Apiaceae. Ia tumbuh di padang rumput Puna yang dingin terletak di Pergunungan Andes di Peru, Bolivia, utara Chile, dan Argentina barat pada ketinggian antara 3,200 dan 4,500 meter, di mana angin sejuk bertiup. Untuk terus hidup dalam keadaan yang ekstrem, Yareta tumbuh dalam keadaan yang begitu padat di antara satu sama lain di mana berat tumbuhan itu mampu mencecah berat seperti seorang manusia. Tumbuhan itu juga tumbuh rapat di atas tanah bagi mengekalkan haba dalaman sebanyak yang mungkin. Ini juga membantu untuk menentang angin kuat pada altitud tinggi, yang mampu mencabut akar apa-apa jenis tumbuhan. Untuk menghalang kehilangan kelembapan melalui penyejatan, Yareta mempunyai daun yang dilindungi.

Satu lagi helah yang tumbuhan ini telah belajar untuk terus hidup dalam persekitaran Pergunungan Andes yang ganas adalah dengan berkembang secara perlahan-lahan, hampir pada kadar geologi sebanyak 1.5 cm setahun. Satu kelompok besar Yareta tumbuh di atas batu-batu itu boleh mencecah usia beribu-ribu tahun lamanya. Kebanyakkan Yareta dianggarkan berusia lebih dari 3,000 tahun.

Oleh kerana tumbuhan Yareta bersifat kering dan padat, ia boleh terbakar dengan baik, seperti gambut, dan secara tradisi, ia sering dituai untuk djadikan bahan api. Jumlah Yareta yang dituai telah menjadi begitu ketara sehingga pada satu tahap ia boleh mengancam kewujudan spesies tumbuhan ini. Yareta kini telah menjadi antara spesies yang dilindungi dan disebabkan kadar pertumbuhannya yang perlahan, ia juga telah berjaya sampai ke senarai tumbuhan yang terancam.


p/s: Sekali pandang, nampak macam lumut je kan?

Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Sabtu, 7 Jun 2014

PERKAMPUNGAN NELAYAN DI PULAU MIGINGO PADAT.

Perkampungan Nelayan Padat Di Pulau Kecil Migingo‏

>> 15 MAY 2014

Pulau Migingo hanya sebuah pulau kecil. Luasnya 2000 meter persegi, tidak sampai setengah ekar atau separuh saiz padang bola sepak sahaja. Ia terletak di Tasik Victoria, tasik terbesar di Afrika, juga tasik tropika terbesar di dunia. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini merupakan rumah bagi 131 orang penduduk (mengikut bancian 2009) yang tinggal dalam pondok sempit diperbuat daripada kepingan zink dan kayu. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan. Di sebalik persekitaran yang padat itu, terdapat sebuah farmasi, sebuah salun kecantikan, lima buah bar selain turut menempatkan beberapa buah hotel dan pusat pelacuran.

perkampungan nelayan
Pulau Migingo
Dua orang nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe ialah orang yang terawal tiba di Pulau Migingo, dipercayai telah menetap di sini sejak 1991. Pada ketika itu, pulau ini hanya ditumbuhi lalang selain menjadi persinggahan burung dan habitat ular. Mereka kemudiannya disertai oleh 60 orang ahli geng penangkap ikan yang lain setelah mendapat tahu kawasan tersebut kaya dengan "Nile perch" (sejenis spesies ikan). Kesannya, nelayan lain dari Kenya, Uganda dan Tanzania turut datang ke pulau ini menjadikannya sebagai pusat komersial yang berkembang maju.

Ads by Rich Media ViewAd Options
perkampungan nelayan

Koordinat: 0°52′58″S 33°56′17″E

Ads by Rich Media ViewAd Options
perkampungan nelayan

Ads by Rich Media ViewAd Options
perkampungan nelayan
Pulau Migingo merupakan lubuk pendapatan terutamanya kepada nelayan dengan lebih daripada 100 buah bot mendaratkan hasil tangkapan mereka setiap pagi untuk ditimbang dan dijual kepada pembeli/pemborong.

perkampungan nelayan
Kewujudan banyak Nile Perch di perairan sekitar Pulau Migingo menjurus kepada perebutan wilayah antara dua negara – Uganda dan Kenya. Secara teknikalnya, ia berada dalam sempadan antarabangsa Kenya sepertimana terkandung dalam peta dan dokumen-dokumen rasmi.

Selain itu, kemewahan yang dinikmati oleh para nelayan di sini dihidu oleh lanun-lanun. Mereka datang ke Pulau Migingo dan menyamun hasil tangkapan, wang dan enjin bot para nelayan menyebabkan pihak berkuasa (Uganda @ Kenya) terpaksa dipanggil untuk bantuan perlindungan. Uganda menjadi pihak pertama yang memberikan bantuan dengan menghantar pasukan polis maritim.

Sejurus tiba, wakil Uganda itu menaikkan bendera negara mereka seterusnya perlahan-lahan mengeksploitasi para penduduk yang tinggal di pulau ini. Beberapa peraturan baru diperkenalkan manakala bot dan pukat milik nelayan Kenya kerap dirampas oleh pasukan beruniform Uganda atas dakwaan menangkap ikan di perairan mereka. Bagaimanapun, pertikaian ke atas pemilikan Pulau Migingo masih belum diselesaikan.

Ads by Rich Media ViewAd Options
perkampungan nelayan
Okunoshima ialah sebuah pulau yang padat dengan arnab manakala Pulau Migingo padat dengan rumah nelayan. Apa yang menarik, terdapat sebuah pulau yang lebih besar hanya 200 meter di timur pulau ini dan ianya masih lapang untuk diduduki. Tapi, kenapa mereka nak sangat tinggal di atas pulau yang sempit ini?

perkampungan nelayan