PERJALANAN ROH
Perjalanan roh yg bersalut iman
berjasad batin di atas titian rohani
menuju ke pintu qalbi
tatkala terbukanya Nur Muhammad
berpeganglah ia pada Nur Akal
berjalan perlahan-lahan atas landasan siratulmustakim
mendaki gunung sabar menjulang tinggi menembusi Arasy
biarpun duri-duri nafsu itu menguji ketakwaannya
adakala ia bangkit dalam nafas segenggam
kepayahan dikerah meredah gua-gua hitam yang pekat
untuk mencari sebutir cahaya
mengejar warna pelangi-Mu di sini
tidaklah semudah kerana tanganku ini tidak terjangkau
mencapai wajah awan di atas tujuh lapisan langit
biarku ilmu itu kupikul amanah-Mu Tuhanku
namun di sebalik sembilan puluh sembilan nama itu
ghaibnya dalam satu kukejari ia di mana-mana sahaja
berserta mencari tapak yang hilang untuk kudirikan tiang-Nya
agar cahayanya terang ke serata penyuluh diri
yang akan sebati sampai bila-bila.
Eziz Shukman,
Penjara Kajang.
Selangor.
Komen Terkini
salam puisi
Semoga kita selalu menang hendaknya