Sabtu, 22 Mac 2014

KOMITMEN KERJASAMA 3 JUTA ORG AWAM MENCARI MH 370 AMATLAH DIBANGGAKAN.

MH370: Tiga juta orang awam sertai pencarian besar-besaran melalui satelit

email
comments
MH370: Tiga juta orang awam sertai pencarian besar-besaran melalui satelit
KUALA LUMPUR: Tiga juta orang telah menyertai usaha sebuah pengendali satelit bagi mengesan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang masih hilang dan ianya merupakan satu usaha terbesar melibatkan bantuan orang awam.

Firma pengendali satelit, Digital Globe pada Isnin memberitahu bahawa lokasi pencarian kini telah merangkumi 24,000 kilometer per segi (9,000 batu per segi) dan setiap hari banyak imej-imej baru telah dimasukkan termasuk kawasan terbaru di Lautan Hindi.

Menurut mereka lagi, selain lebih dari tiga juta orang telah menyertai program tersebut, 257 juta "map views" manakala 2.9 juta orang pula telah "tagged" kawasan-kawasan dalam peta tersebut.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terputus komunikasi dan hilang dari radar menara kawalan sejak 8 Mac lalu dan ianya membawa kepada gerakan mencari besar-besaran dari Asia Tenggara hinggalah ke Lautan Hindi melibatkan agensi-aganesi penyelamat antarabangsa.

Namun, pencarian tersebut sehingga kini gagal menjumpai serpihan atau bangkai pesawat.

Digital Globe telah mengaktifkan platform pencarian bernama Tomnod pada 11 Mac lalu dimana ia mengalu-alukan penyertaan orang awam dari seluruh dunia dalam misis pencarian tersebut menggunakan bantuan lima satelit berdefinisi tinggi.

Respon yang diterima sangat di luar jangkaan sehingga ianya menyesakkan sistem komputer seluruh dunia pada minggu lalu.

Firma tersebut juga menggunakan sistem algoritma yang diberi nama CrowdRank untuk melihat bukti-bukti yang dianggap mampu merungkaikan misteri tersebut.

"Pakar Digital Globe akan meneliti "tag" yang diterima dari orang-orang awam di sesebuah lokasi dan jika ianya merupakan 10 teratas atau kawasan yang "panas" kita akan berkongsi informasi tersebut dengan pelanggan kami dan pihak berkuasa," menurut satu kenyataan.

"Digital Globe mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan Amerika Syarikat dan kami mempunyai hubungan erat dan terkordinasi dalam isniden seumpama ini dan beberapa insiden lain," .-- Agensi

Berita mula diterbitkan pada: Mac 18, 2014 16:28 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan