Ahad, 23 Mac 2014

KENYANGKAN DIRI ANDA DGN AKHLAK MULIA.


Kenyangkan Diri Anda Dengan Akhlak Yang Mulia

Posted on the March 21st, 2014 under Agama by admin

akhlak
Disediakan oleh : MUHAMMAD ALIAS BIN MOHD AFINDI (Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai)
Saban hari gejala sosial dalam masyarakat di Negara kita sangat meruncing dan membimbangkan kita lebih- lebih lagi melibatkan umat islam sendiri. Gejala ini banyak melibatkan golongan remaja dan amat menyedihkan lagi apabila mahasiswa juga turut terjebak dalam gejala ini . Perkara ini perlu dibendung dari sekarang sebelum merebak dengan lebih teruk lagi. Gejala ini akan menjadi lebih aktif jika melibatkan mahasiswa.
Oleh itu sebagai mahasiswa islam kita perlu ada kesedaran diri dan mengimbas kembali akhlak sebenar seorang mukmin yang berjaya dalam semua aspek. Dengan kesedaran diri akan menjauhkan dan menyelamatkan mahasiswa islam daripada terjebak dalam perbuatan tersebut. Kita perlu jadikan akhlak Rasulullah sebagai hiasan diri dalam kehidupan seharian kita sebelum ajal dating menjemput. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawasanya: “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang Mulia ”.- H. R Malik, Ahmad, Hakim, At-Tabrani dan Bukhari.
Daripada hadis di atas maka dapat kita simpulkan bahawa akhlak yang terdapat pada diri Rasulullah s.a.w itu adalah kesempurnaan akhlak yang sangat mulia. Gerak gaya rasulullah s.a.w mampu memberi pengaruh positif kepada sesiapa sahaja yang memerhatikannya. Terdapat banyak kisah pada zaman rasulullah yang menggambarkan bahawasanya “akhlak ” mempunyai pengaruh dan peranan yang sangat kuat dalam mengembangkan islam di muka bumi Allah yang mulia ini. Antara contoh yang menarik melibatkan akhlak rasulullah adalah kisah Rasulullah bersama dengan perempuan yahudi tua yang buta dimana beliau selalu mencerca nabi tetapi nabi tetap bersabar malah menyuapkan lagi makanan ke mulut perempuan yahudi tua yang buta itu. Akhirnya apabila menyedari bahawa orang yang menyuapkannya dengan penuh lembut itu adalah Rasulullah S.A.W. Setelah pemergian rasulullah, maka menangislah yahudi itu dan melafazkan kalimah syahadah.


Sebagai pengajaran daripada kisah tersebut kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga islam. Al- Quran dan Sunnah Rasulullah dapat memimpin kita ke arah jalan yang benar yakni jalan yang menuju ke syurga Ilahi. Sebagai mahasiswa islam kita sepatutnya menyemai perasaan sabar dalam diri dan menjadikannya sebagai satu platform atau medan dalam menyampaikan dakwah dan menyebarkan agama Allah.
Selain itu, sebagai mahasiswa islam juga perlu menjaga akhlak terhadap kedua ibubapa. Pepatah arab pernah berkata bahawa keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibubapa. Hal ini jelaslah akhlak terhadap ibubapa dalah perkara yang paling penting daripada segala-galanya. Ibubapa adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas menjejakkan kaki ke bumi Allah ini. Tanpa mereka kita tidak akan dilahirkan dan membesar seperti sekarang. Mereka yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil sehingga kita berjaya bergelar seorang mahasiswa. Oleh itu, sebagai anak kita wajib taat dan berbakti kepada mereka. Golongan remaja atau mahasiswa perlu sedar bahawa tanpa restu dan keampunan mereka, kita tidak akan berbau syurga Allah dan masa mereka hiduplah kita perlu manfaatkan dan menjaga hati serta berbakti kepadanya.
Antara sebab wajibnya berbakti kepada ibubapa adalah merupakan suatu amalan yang dituntut oleh agama.Hal ini kerana untuk membalas jasa dan penat lelah mereka dalam mendidik kita sejak dari kecil sehingga dewasa.Disamping itu supaya anak-anak kita nanti akan berbakti kepada kita.Antara tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa adalah berbuat baik kepada rakan mereka, berdoa dan memohon ampun untuk mereka, taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak, merendahkan diri dan menghormati mereka.
Cara berbakti kepada kedua ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu semasa mereka hidup dan setelah mereka meninggal dunia.Semasa mereka hidup kita perlulah menjaga mereka semasa tua dan sakit, memberi nafkah kepada mereka, selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama dan sentiasa mendoakan kesejahteraan sepanjang hidup mereka. Semasa mereka meninggal dunia pula adalah sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka, wajib keatas kita untuk membayar hutang mereka sekiranya ada hutang, melaksanakan wasiat mereka dan sentiasa berbuat baik kepada sahabat mereka.
Antara akhlak mahasiswa islam yang perlu diterapkan adalah:
  1. Bersifat warak dalam melakukan perkara-perkara syubhah
  2. Menundukkan pandangan daripada ajnabi
  3. Memelihara lidah daripada perkataan kotor dan mengumpat
  4. Malu daripada melakukan perkara mungkar
  5. Lemah lembut dan sabar
  6. Bersifat benar dan jujur dalam apa jua perkara
  7. Tawadduk dan jangan sombong di atas muka bumi Allah
  8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mencari keburukan orang lain
  9. Pemurah
  10. Menjadi Qudwah Hasanah sebagai contoh tauladan kepada orang lain.
Akhir kalam kita sebagai mahasiswa islam perlu menjadi contoh tauladan untuk masyarakat diluar sana. Kita sepatutnya sentiasa sedar terhadap segala perbuatan kita lebih-lebih lagi apabila perbuatan kita member kesan yang besar terhadap masyarakat, agama dan kesejahteraan Negara. Masyarakat sekarang memerlukan tunjuk ajar daripada seorang mahasiswa agar dapat memimpin mereka ke jalan yang benar. Negara juga memerlukan aset daripada mahasiswa untuk meneraju tapak pemeintahan islam yang kuat. Seperti kata orang bijak pandai bahawa jika kita hendak melihat Negara kita pada masa hadapan perlulah melihat remaja pada hari ini. Ingatlah semua golongan remaja dan mahasiswa khususnya bahawa kita semua adalah “ TONGGAK KEDAULATAN NEGARA “ pada masa hadapan. Jika kita terus terasa lalai dengan kesenagan dan kesoronokkan duniawi maka hancurlah Negara kita pada masa hadapan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan