Jumaat, 21 Mac 2014

PANGGILAN MISTERI KAPTEN ZAHARIE DITELITI OLEH PIHAK PENYIASAT.

Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

MH370: Pasukan penyiasat teliti 'panggilan misteri' Kapten Zaharie

email
comments
MH370: Pasukan penyiasat teliti 'panggilan misteri' Kapten Zaharie
Kapten Zaharie Ahmad Shah - Gambar Fail
SEPANG: Pihak penyiasat sedang meneliti petikan perbualan telefon yang dipercayai dibuat oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, beberapa minit sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS)  MH370 berlepas ke Beijing.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya hari ini mengesahkan panggilan telah dibuat oleh jurutebang pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

“Kami telah memberikan maklumat panggilan ini kepada pihak penyiasat dan mereka akan menyiasatnya,” katanya dalam sidang media di KLIA petang tadi.

Akhbar United Kingdom The Sun sebelum ini melaporkan wujud satu ‘panggilan misteri’ sejurus sebelum pesawat MH370 itu berlepas.

“Diharapkan pihak yang menerima panggilan itu dapat memberikan petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat,” lapor akhbar itu lagi.

Kapten Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid sedang disiasat bagi mengenalpasti samada mereka terbabit dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200ER  itu.

Siasatan turut merangkumi simulator pesawat milik Kapten Zaharie. Polis memaklumkan pihaknya sedang meneliti kandungan simulator terbabit dimana beberapa fail dikatakan telah dipadamkan pada 3 Feb lalu.

Pasukan penyiasat tempatan dan antarabangsa kini sedang cuba untuk mengesan kembali fail yang hilang dengan harapan dapat memberikan petunjuk kepada kehilangan pesawat.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 21, 2014 22:19 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
Tag: Zaharie Ahmad Shah, Penerbangan Malaysia, MH370, Ahmad Jauhari Yahya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan