Khamis, 29 Mei 2014

PIALA THOMAS JEPUN JUARA DILATIH OLEH IZUAN IBRAHIM YG MERUPAKAN RAKYAT MALAYSIA.

Piala Thomas - Tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun semalam?


2


Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?

Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara berkenaan.

Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan