PUISI
NUR ILLAHI
Carilah aku di dalam gelap dan terang
aku berdiri di dalam hatimu itu
tiada sedikit pun tersembunyi
kerana telah termenteri antara roh dan jasadmu
semenjak azali lagi
Carilah aku dalam makam diri itu
kerana zat zikir Illahi bersarang subur
di batu cembung mutiara putih dalam gua hiraqmu
pada setiap masa selagi nafasmu
engan bercerai dari nyawanya.
Nur IIahi
ada tersembunyi dalam taksir kitabullah itu
selalulah cium dan makan roh bathin
tanpa mengira sejauh mana lapang sibukmu
dengan duniawi ini
kerana di alam barzah nanti
dialah sahabat sejati peneman tidur
ketika beradu leka nanti.
( 25/08/2022 ).
Eziz Shukman,
Kampung Kok Keli 2,
Palekbang , Tumpat , Kelantan.