Jumaat, 6 Februari 2015

KISAH HARUMAN PERCIKAN DARAH NABI DLM GUA UHUD.

SUBHANALLAH...Kisah Haruman Percikan Darah Nabi Dalam Gua Bukit Uhud (5 Gambar)



Editor NTV7, Redzuan Manap berpeluang memanjat masuk sebuah gua dalam jajaran Bukit Uhud di sini semalam yang merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dibawa oleh beberapa sahabat setelah tercedera dalam Perang Uhud. “Gua berkenaan tidak luas dan saya terhidu bau wangi seperti mana dikatakan itu adalah haruman percikan darah Rasulullah di dinding gua tersebut," kata beliau sejurus keluar dari situ kepada petugas media Malaysia.

Untuk memanjat masuk ke gua tersebut memerlukan seseorang itu berkasut sukan dan berhati-hati kerana perlu terlebih dahulu mendaki dari kaki Bukit Uhud sejauh 100 meter yang penuh berkerikil dan berbatu besar. 

Apabila tiba di depan gua yang separuhnya sudah disimen, kecekalan diperlukan lagi untuk memanjat bahagian luar gua setinggi tiga meter lagi. Bukit Uhud merupakan kawasan bersejarah yang dulunya mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Quraisy.



Beberapa petugas media turut berdoa ketika melalui makam Saidina Hamzah berdekatan Bukit Uhud yang turut dikebumikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam Perang Uhud. Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam Perang Badar sebelum itu. 

Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan. Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para syuhada yang lain tanpa batu nisan. 



Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikeli-lingi oleh pagar besi berlatar belakangkan Bukit Uhud. 

Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Quraisy menyerang balas.

Sumber : Utusan Online



RELATED POSTS :



Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2014/12/subhanallahkisah-haruman-percikan-darah.html#ixzz3QyvoF74T 
Follow us: SehinggitMedia on Facebook

KEJADIAN ANEH DI MASJID KG.PAHI BANJIR SURUT.

ALLAHUAKBAR ! KEJADIAN ANEH BERLAKU DI MASJID KG PAHI SELEPAS BANJIR SURUT.

A+


ALLAHUAKBAR ! KEJADIAN ANEH BERLAKU DI MASJID KG PAHI SELEPAS BANJIR SURUT

Satu kejadian yang menakjubkan telah dikongsikan di internet.... Dua keping gambar telah dikongsikan oleh Nazeri Ameen berlaku dalam masjid Kampung Pahi, Kuala Krai Kelantan selepas banjir surut......

Imam masjid kampung tersebut menunjukkan bagaimana permaidani di bahagian kanan masjid  langsung tidak dicemari lumpur, seolah-olah tidak ditenggelami banjir walaupun sebahagian yang lain dalam kelihatan berlumpur sekali akibat ditenggelami air...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAGI KISAH GEMPAK:

KECOH LOBAK BERBENTUK KAKI DITEMUI DI JEPUN.

KECOH ! LOBAK BERBENTUK KAKI DITEMUI

KECOH ! LOBAK BERBENTUK KAKI DITEMUI

Seorang petani Jepun, Yukihiro Ikeuchi terkejut setelah menjumpai lobak yang berbentuk seakan-akan kaki manusia yang lengkap dengan jari kaki.
Menurut Ikeuchi , sayur aneh itu berukuran 30cm panjang dan seberat 1.5 kilogram.
Ikeuchi kemudian membuat keputusan untuk menyimpan sayur unik itu daripada menjualnya dan dijadikan sebagai makanan.
Sayur itu kini diabadikan di Fureai Center Ryonan di Ayagawa, Kagawa, Jepun. -Siakapkeli.com.my

KISAH GEMPAK BERKAITAN: