Jumaat, 30 Januari 2015

OASIS BERUSIA 2,000 TAHUN DITEMUI .

Oasis Berusia 2,000 Tahun Yang Hampir Ditelan Oleh Gunung Pasir Author : 

















Ida Scripters Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China. Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir. Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit. Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. Sumber: dailymail.co.uk 





MENAKJUBKAN KOMPUTER KUNO BERUSIA 2200 TAHUN DITEMUI.

Menakjubkan! Komputer Kuno Berusia 2200 Tahun Ditemui.



Mesin mekanikal yang ditemui di Antikythera, merupakan alat yang cukup kompleks pada masa 2200 tahun yang lalu, yang ditemui kira-kira tahun 1900 dari runtuhan kapal karam purba di Greece. Alat yang disebut "komputer" pada masanya itu, menjadi teka-teki lebih dari 100 tahun.

Kini, ahli arkeologi ingin menyelam kembali di runtuhan kapal karam kuno di Antikythera di mana mesin mekanikal ini dijumpai.Kali ini arkeologi Greece dan Amerika bekerja sama, menggunakan alat yang lebih canggih lagi yang disebut Exosuit.

Mesin yang cukup kompleks tersebut, terdiri dari 40 bahagian yang diperbuat daripada gangsa, di mana terdapat lingkaran bergerigi. Dipercayai arkeologi sebagai sistem untuk mengetahui perputaran tata suria.

Dengan pakaian Exosuit, yang boleh menyelam hingga kedalaman cukup ekstrem, penyelam akan dilindungi daripada tekanan air laut yang kuat. Sehingga pencarian alat-alat kuno lain boleh didapati kembali.



Exosuit ini boleh dibawa menyelam hingga kedalaman 150 meter, dan dibuat di Kanada oleh Nuytco. Baju menyelam ini juga dilengkapi dengan lampu, yang boleh memberikan cahaya di kegelapan laut.

"Dipekirakan ada lebih daripada satu dozen alat yang tertinggal di dalam sana, kapal ini membawa barang-barang berharga dari Asia kecil kala itu," ucap Dimitris Kourkoumelis, ahli arkeologi yang tergabung di dalam pasukan menyelam.

Jalur laut penemuan mesin ini, kala itu merupakan pusat perdagangan yang cukup ramai. Namun juga, disertai perampas yang senantiasa mengancam para pedagang kala itu.


Anda mungkin juga meminati:

Isnin, 19 Januari 2015

PUSARA PERANG DUNIA KEDUA.

Pusara Perang Dunia Kedua

Susunan Farhin Bohari 

am@hmetro.com.my

Lebih seribu kilometer dari negara terdekat, di dasar Lautan Pasifik, terdampar ratusan rangka kapal dan pesawat yang tenggelam ketika kemuncak Perang Dunia Kedua.
Lebih 40 kapal Jepun dan 250 pesawat ‘berkubur’ di dasar Truk Lagoon yang terletak kira-kira 1,800 kilometer dari Micronesia, menjadikannya yang terbesar seumpamanya
Kapal dan pesawat berkenaan karam dalam Operasi Hailstone yang dilancarkan tentera bersekutu selama dua hari 16 dan 17 Februari 1944 memberi tamparan hebat kepada kehadiran Jepun di Lautan Pasifik.
Sepanjang peperangan yang berakhir 70 tahun lalu, Jepun menggunakan kepulauan sekitar Truk Lagoon yang kini dikenali sebagai Chuuk sebagai pangkalan untuk menentang pasukan bersekutu di New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Tujuh puluh satu tahun kemudian, kubur dalam laut itu kian popular dalam kalangan penyelam. Rangka pesawat itu menjadi tukun untuk membolehkan hidupan air seperti ikan membiak.
Nick Blake, 49, dari Woking, menyelam di kawasan berkenaan, Mei tahun lalu.
“Biasanya kami menyelam kira-kira sejam. Jika di kawasan lebih cetek, ia mungkin lebih lama. Selalunya kami melakukan tiga selaman sehari dan ketika berada di situ Mei lalu, saya menyelam 30 kali.
“Apa yang mengejutkan saya ialah kepelbagaian hidupan pada setiap rangka. Selain rangka pesawat dan kapal itu dan hidupan yang hidup di dalamnya, ada juga batu karang yang memberikan peluang untuk merakam gambar hebat.
“Tidak syak lagi, ia destinasi yang menakjubkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM

 
LEBIH 40 bangkai kapal dan pesawat perang Jepun terdampar di dasar Truk Lagoo


SEMARAK SEMULA BATIK SARUNG.

Semarak semula batik sarung

Susunan Suliati Asri 

suliati@hmetro.com.my

Setiap kali berbicara mengenai batik atau sarung, selalunya kita akan terbayang penggunaan kain batik sarung dalam kalangan orang lama di kampung. Orang muda jarang memakainya, melainkan ketika berpantang.
Hakikatnya, kain batik sarung mempunyai nilai tinggi dan cukup mempesonakan kepada si pemakai. Malah, ia boleh digayakan dalam pelbagai cara yang cukup menarik termasuk dibuat baju.
Menyedari warisan budaya bangsa itu perlu dimartabat­kan, Jabatan Muzium Malaysia menganjurkan Pameran Batik Sarung, Warisan Kini dan Selamanya di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur, selama tiga bulan berakhir 30 Mac depan.
Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail berkata, objektif pameran itu diadakan adalah untuk menyemarakkan penggunaan tekstil tempatan khususnya batik sarung.
Menurutnya, pameran itu juga satu langkah untuk me­ngangkat kembali kedudukannya sebagai khazanah budaya negara agar terus terpelihara, sekali gus mendapat tempat sewajarnya.
"Menerusi pameran ini, konsep penceritaan yang tersirat dan tersurat di sebalik batik sarung Malaysia digunakan bagi memberi pemahaman kepada pengunjung.
"Pelbagai kupasan juga dilakukan dengan bukti kesan budaya dan bukti pengumpulan koleksi batik sarung yang dipaparkan sepanjang pameran ini," katanya.
Katanya, pameran itu satu cabaran bagi Muzium Tekstil Negara memupuk golongan generasi Y untuk kembali meneruskan adat dan budaya pemakaian batik sarung demi masa hadapan supaya warisan berkenaan kekal selama-lamanya.
Meninjau ruang pameran di Muzium Tekstil Negara itu, pengunjung bukan saja berpeluang menghayati hasil seni batik sarung dari pelbagai aspek, malah mengikuti sejarah perkembangannya.
Ia bermula dengan definisi dan sejarah perkemba­ngan di Malaysia sehinggalah membentuk lambang identiti, bentuk dan fungsinya dalam pelbagai lapisan masyarakat dan sosial budaya.
Lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat sendiri batik sarung persis kapsul masa bermula pada 1920-an yang membawa kewujudan batik sarung Malaysia iaitu batik kotak, batik Kedah dan pareo.
Bagi pameran ini, lebih 60 koleksi batik sarung dipamerkan, antaranya baju, pareo, skaf, hiasan dinding, bengkung, alas meja dan skirt labuh yang membabitkan koleksi Jabatan Muzium Malaysia serta koleksi perseorangan iaitu Raja Fuziah, Prof Madya Mohamad Najib Mohd Nor dan Puan Wairah Marzuki.
Turut diadakan gerai jualan, demonstrasi batik blok, pembuatan blok batik dan pemakaian sarung, diikuti senaman tari berbatik sarung serta berjalan berbatik sarung.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:01 AM
PELANCONG dari England tertarik dengan keunikan batik kapas dipamerkan di Muzium Tekstil Negara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23851#sthash.BvYQNLpI.dpuf






KALAU MACAM INI PAKAI BAJU KURUNG KE SEKOLAH PATUT DIHALAU BALIK.

Kalau Macam Ini Pakai Pergi Sekolah Memang Patut Cikgu Halau Balik


Sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah seorang pelajar yang tidak dibenarkan masuk kelas di sebuah sekolah di Cheras kerana beliau bukan Melayu.

BACA: Pihak Sekolah Halau Pelajar Pakai Baju Kurung Minta Maaf

Bagaimana pun pihak sekolah tersebut telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut dengan mereka tidak menghalang pelajar bukan Melayu atau Islam mengenakan baju kurung ke sekolah tetapi mestilah kena dengan caranya iaitu memakai pakaian dalam untuk mengelakkan terlihat perkara yang tidak diingin ni.




Hari ini pula viral dilaman sosial gambar seorang pelajar Melayu Islam yang memakai baju kurung ketat yang jelas sekali menjolok mata sesiapa saja yang melihatnya.


Kalau dengan pemakaian  pelajar ini beliau lebih layak dihalau balik dari sekolah kerana ia jelas menyalahi etika pemakaian seragam sekolah yang jelas ketat di bahagian dada dan punggung seperti yang telah di jelaskan.

Pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam hendak pakai baju kurung sampai tidak boleh masuk kelas kita pula sebagai seorang Melayu dan beragama Islam menghina pemakaian baju kurung dengan cara pemakaian begini.

Baju yang sepatutnya sopan dipakai sudah nampak hilang sopannya. Harap pihak sekolah dapat tegas dalam hal ini.-Siakapkeli.com.my

PELAJAR PEREMPUAN BUKAN MELAYU BERBAJU KURUNG TIDAK DIBENARKAN MASUK KELAS.

Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas


Hanya pelajar Melayu boleh pakai baju kurung menurut pihak sekolah- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung. -Siakapkeli.com.my

PIHAK SEKOLAH HALAU PELAJAR PAKAI BAJU KURUNG MINTA MAAF.

Pihak Sekolah Halau Pelajar Pakai Baju Kurung Minta Maaf




Kuala Lumpur: Semalam dua orang pegawai pendidikan daerah dilaporkan telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara di Cheras dipercayai untuk menyiasat kes pelajar bukan Islam dihalang memasuki kelas kerana memakai baju kurung.

BACA: Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas

Perkara ini adalah ekoran pendedah media mengenai luahan hati seorang baca pelajar terbabit, Lawrence Jayaraj yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara di Cheras.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan, pengetua dan ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah membuat permohonan maaf kepadanya berhubung insiden terbabit.

“Anak perempuan saya, Britney, akan memakai baju kurung esok dan akan pergi ke sekolah,” katanya.

Sebelum ini pihak sekolah tidak membenarnya anak beliau memakai baju kurung dengan menyatakan bahawa hanya pelajar Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd Amir Abdul Ghani, telah tampil menjawab perkara ini dengan berkata pihak sekolah tidak pernah menghaang perkara ini cume cara pemakaian baju kurung tersebut mestilah dipakai dengan cara yang betul.

Masalah komunikasi dan salah faham  menjadi punca utama tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu.

“Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

“Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung,” katanya.

Pihak sekolah cuma pesan kepada pelajar yang ingin memapai baju kurung metilah memakai baju tersebut dengan betul dengan memakai semua butung bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Satu perbincangan untuk menyelesaikan hal ini antara beliau, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaa telah diadakan pada hari semalam.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.-Siakapkeli.com.my

BAJU KURUNG MILIK ORANG MALAYSIA.

Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah





KUALA LUMPUR: Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.

BACA: Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas

Budayawan dan tokoh sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, umum juga kini sedia tahu baju kurung melambangkan bangsa Melayu dan satu kebanggaan jika ia dipakai oleh pelajar berbangsa lain di sekolah, institusi pengajian tinggi atau semasa bekerja.

"Sepatutnya tidak ada apa-apa, tidak ada salahnya jika pelajar perempuan berbangsa selain Melayu memakai baju kurung terutama ke sekolah.

"Memang keterlaluan jika benar laporan ada pentadbiran sekolah yang menghalang pelajar bukan Melayu memakai baju itu ke sekolah," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dr. Nik Safiah mengulas laporan seorang bapa, Lawrence Jayaraj di sebuah portal yang mendakwa anak perempuannya dihalang daripada memasuki kelas atas alasan melanggar etika pakaian di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras.

Lawrence berkata, anaknya yang baru bertukar daripada sekolah lain itu dihalang daripada memasuki kelas kerana memakai baju kurung.

Menurutnya, pihak sekolah terbabit menyatakan bahawa hanya pelajar Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan.

Dalam pada itu kata Dr. Nik Safiah, pemakai baju kurung juga dilihat melambangkan jiwa negara dan sekali gus membawa semangat cintakan bangsa.

"Cuma pantangnya jangan buat perangai yang tidak elok jika memakai baju kurung. Ia akan membawa sekali nama bangsa Melayu di atas setiap tingkah laku pemakainya.

"Tidak ada pihak harus berasa malu dengan memakai baju kurung, sekolah atau mana-mana institusi seharusnya tidak menyempitkan fikiran dengan persepsi baju kurung hanya untuk dipakai oleh orang Melayu," jelasnya.

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu dan menjadi pakaian rasmi untuk Malaysia dan Brunei selain boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menjelaskan akan 'turun' sendiri ke sekolah berkenaan seandainya laporan mengenai isu itu tidak dapat diselesaikan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Tegasnya, terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran di seluruh negara dan berkemungkinan ada pengetua yang membuat polisi tanpa mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.- Astro Awani

SUHU LUAR BIASA MELANDA KUALA KRAI.

Gambar: Suhu Sejuk Luarbiasa Melanda Kuala Krai




Sebelum ini, portal Siakapkeli pernah menyiarkan satu artikel yang bertajuk Malaysia akan dilanda musim sejuk luar biasa yang memetik laporan dari Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad. Menurut dari laporan tersebut, Malaysia berkemungkinan mengalami cuaca sejuk luar biasa sehingga suhu yang mencecah 17.2 darjah Celcius.

Baca : Malaysia Akan Dilanda Musim Sejuk Luar Biasa

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial, keadaan di sekitar Kelantan, terutamanya Kuala Krai sudah mula dilanda suhu sejuk yang luar biasa.

Berikut adalah gambar keadaan di kawasan Pekan, Kuala Krai hasil perkongsian laman Facebook, Hanya di Kelate. Menurut dari kapsyen, gambar-gambar ini dirakam diwaktu pagi.





Fenomena ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia malah pada tahun lepas, beberapa negeri di negara ini turut dilanda fenomena yang sama - Siakapkeli.com.my