Selasa, 12 Ogos 2014

KEKEJAMAN TERHADAP PALESTIN SELESAI JIKA AMERIKA HENTI SOKONGAN KE ATAS ISRAEL.


SEPANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata isu kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin dapat dihentikan jika Amerika Syarikat menghentikan sokongan mereka kepada Israel.

Beliau berkata, keadaan itu juga menyebabkan penduduk Palestin menderita lebih 60 tahun.

"Isu Palestin hanya boleh diselesaikan jika Amerika Syarikat berhenti memberi sokongan kepada Israel.

"Selagi Britain dan Amerika Syarikat tidak berhenti (memberi sokongan) ia tidak akan selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno/Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Mengulas mengenai kedinginan negara Arab lain untuk menyelesaikan kemelut antara Israel dan Palestin, Dr Mahathir berkata negara-negara Arab ini menganggap pejuang Hamas berbaik-baik dengan Ikhwanul Muslimin.

"Mereka (negara Arab) bermusuh dengan Ikhwanul Muslimin, jadi mereka tidak akan menolong dan berpendapat perkara tersebut akan menimbulkan masalah," katanya.

Beliau juga membidas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak mampu menyelesaikan kemelut antara Palestin dan Israel.
Sementara itu, mengenai sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia kepada Gaza, beliau berkata: "Saya berbangga semua rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama membantu rakyat Palestin di Gaza kerana di sana berlaku penindasan dan ketidakadilan yang luar biasa".

Dalam perkembangan lain, beliau menganggap Kumpulan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) merupakan gerakan yang memecahbelahkan umat Islam dan tindakan mereka menembak orang Islam di Iraq tanpa belas kasihan amat menyedihkan.

"Ini bukan cara orang Islam yang dibenarkan. Sesiapa yang campur ISIL mereka silap jalan dan tidak faham ajaran Islam yang sebenar," katanya. - BERNAMA 

MAMPUKAH TURKI LINDUNGI GAZA ?.

Mampukah Turki lindungi Gaza
  • Erdogan (kanan) dan Mursi mempunyai persamaan kerana kedua-dua mereka berusaha membela nasib penduduk Palestin.Erdogan (kanan) dan Mursi mempunyai persamaan kerana kedua-dua mereka berusaha membela nasib penduduk Palestin.
 1 / 1 
SELEPAS sebulan pertempuran berlaku antara Gaza dan Israel, lebih lima kali gencatan senjata dikuatkuasakan. Bermula dari sejam hingga mencecah 72 jam namun sehingga kini peperangan tetap berlaku.

Mesir di bawah pimpinan Presiden Abdel Fatah Al-Sisi hanya menawarkan lokasi rundingan yang dikatakan penuh dengan agenda tersembunyi bersama sekutunya Amerika Syarikat (AS)  manakala negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia pula mengecam tindakan kejam rejim Zionis dengan cara memboikot dan berdemonstrasi.

Erdogan, Mursi, Al Sisi

Kelmarin, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menawarkan penginapan dan bantuan kecemasan buat penduduk Palestin.

Beliau juga sebelum ini menawarkan kapal perang untuk mengiringi dan mengawal kapal bantuan seperti Freedom Flotilla ke Gaza dari diserang Israel seperti sebelum ini.

Erdogan dilihat mempunyai persamaan dengan bekas Presiden Mesir digulingkan Mohammed Mursi yang kini berada dalam tahanan.

Mursi sebelum ini pernah menghulurkan bantuan dengan menjadi perantara antara Hamas dan Israel selepas kedua-dua pihak bertelagah untuk menerima gencatan senjata kekal susulan daripada insiden Perang Lapan Hari pada November 2012.

Dua tahun kemudian, selepas Mursi digulingkan, Gaza kembali berdarah dengan penuh episod luka hingga sekarang.

Kini, dapatkah Gaza bebas semula seperti yang pernah diusahakan Mursi? Selepas konflik makin kritikal, AS, Liga Arab dan Kesatuan Eropah mula bersuara meminta Al-Sisi menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut itu.

Mereka berharap Al-Sisi dapat melakukan satu keputusan seperti mana yang dicapai oleh Mursi.

Namun, usaha itu dilihat gagal dan penuh dengan halangan ditambah pula dengan pelbagai helah Israel hingga menyebabkan 1,940 penduduk Palestin terbunuh.

Melihat keadaan itu, Erdogan dengan lantang melakukan tindakan sendiri dengan menawarkan bantuan yang disifatkan sebagai keputusan ‘berani mati’.

Sejurus diisytiharkan memenangi pilihan raya presiden pertama Turki semalam, Erdogan yang bakal meneruskan pemerintahannya dalam tempoh lima tahun berkata, misi utama beliau kini adalah membebaskan Gaza.

Kehadiran Erdogan mencemaskan semua pihak

Bagaimanapun, kredibiliti Erdogan dalam menangani masalah politik dalaman negaranya dipersoalkan banyak pihak.

Beliau dikatakan gagal menyelesaikan krisis dalaman negara sendiri tetapi kini sibuk untuk campur tangan dengan konflik di Palestin.

Percubaan beliau itu menimbulkan kemarahan banyak pihak terutama Israel dan Fatah.

Fatah dan Mesir melahirkan kebimbangan mengenai kedudukan Turki sebagai perantara kerana dengan jelas akan menyokong Hamas seperti yang dilakukan Mursi ketika peperangan tercetus pada 2012.

Beliau sebelum ini pernah menegaskan sokongan Ankara terhadap Hamas adalah bertujuan untuk  mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Realitinya ketakutan Israel semakin terserlah selepas insiden serangan kapal Mavi Marmara pada 2010 yang mengorbankan sembilan aktivis Turki.

Kejadian itu telah menyebabkan hubungan antara Tel Aviv dan Ankara menjadi lebih buruk serta sokongan terhadap Palestin semakin kuat.

Bagaimanapun, kedua-dua negara tersebut masih menjalinkan hubungan rangkaian ekonomi dan pesawat  Israel masih boleh menggunakan Istanbul sebagai pintu masuk utama mereka kepada dunia luar.

Mampukan Erdogan?

Kemenangan beliau sebagai presiden selepas meraih 52 peratus undi menewaskan pesaingnya, Ekmeleddin Ihsanoglu dengan 38.3 peratus diikuti pesaing ketiga, Selahattin Demirtas dengan 9.7 peratus undi dilihat mampu memenuhi hasrat itu.

Beliau yang bercita-cita mengubah kerajaan Turki kepada satu landskap politik di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif, dengan dirinya sebagai pemimpin negara itu diyakini mampu melaksanakan perubahan terutama dalam hubungan antarabangsa.

Walaupun beliau dibenci Israel dan AS selepas dengan lantang mengaku anti-AS, beliau tetap mendapat kepercayaan rakyatnya terutama dalam apa jua tindakan yang akan dilakukannya.

Reaksi awal selepas bergelar Presiden semalam, rata-rata rakyat bersetuju dan mengalu-alukan kehadiran mangsa cedera dari Gaza yang diterbangkan ke Ankara.

Apakah tindakan ini dilihat sebagai cabaran buat Israel atau satu gertakan awal Erdogan buat negara Barat?
ARTIKEL BERKAITAN

REMAJA GAZA MENJANA ELEKTRIK MENJANA ELEKTRIK DAN GAS MEMASAK MENGGUNAKAN AIR.

Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18)mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.
006
Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.
004
002

Sabtu, 9 Ogos 2014

DUA KEADAAN PERANG ISRAEL 1967 DAN 2014 YG BERBEZA ATAS KEHENDAK ALLAH.

Perbezaannya di antara bumi dan langit.
1967 :
Perang 6 Hari1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Irak dan beberapa negara Arab lain yang membantu.
Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).
2014 :
Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.
Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).
Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa.
Manakala kala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontigen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membisu !
Meski pun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya.
Kenapakah rejim Zionis gagal kali ini ?

SUBHANALLOH "KISAH NYATA"

PAS TIADA KENA MENGENA DGN PEMECATAN KHALID.

Pas tiada kena mengena dengan pemecatan Khalid
  • Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
KOTA BHARU - Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.

"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Majlis Syura Ulama Pas tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama Pas) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu. 

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan itu yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kee Kwong menambah, selain itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dun, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN

KISAH SUKARELAWAN MALAYSIA DI PALSETIN DITEGUR ANGGOTA BRIGED AL QASSAM.

Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam

Briged Al-Qassam

Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Dalam berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.
Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza . Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi.. Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.. Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!" Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.." Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??" Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .. Sekadar pengajaran... 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah, tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.

Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah
Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah

Bagi yang berhasrat untuk berhenti merokok, entri Ezlaila yang lalu yang bertajuk
10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok InsyaAllah pasti boleh membantu anda.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat buat semua.

Wasalam.

10 comments:

  1. Semoga perkongsian ni ramai yang berjaya berhenti merokok yang tiada lansung kebaikanya.
    Reply
    Replies
    1. Setiap perkara yang kita buat perlu berlandaskan syariah agar mendapat keredhaan Allah SWT.
  2. wajah merkea bercahaya dan bersinar dengan keimanankan
    Reply
    Replies
    1. Benar Suri, ada sukarelawan yang berpeluang menemuramah anggota Briged Al-Qassam dan beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.
  3. Briged Al Qassam antara tentera paling dikagumi di dunia.
    Reply
    Replies
    1. Semoga perjuangan mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Terima kasih Ammar kerana meninggalkan komen :)
  4. Saya juga sangat mengagumi Briged Al Qassam....perjuangan mereka benar2 ke Jalan yg diredhai Allah...Solat diutamakan....sebab itulah Briged Al Qassam digeruni....kita patut mencontohi mereka....Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
    Reply
  5. Saya dahulu perokok tegar. Dah berhenti lama dah semenjak tahun 2003 lagi. Tak amalkan apa² petua pun. Hati kena cekal. Cuma mampu atau tidak je. Sebulan pertama, memang sengsara. Tapi lepas tu alhamdulillah tenang dalam buat apa sahaja aktiviti tanpa rokok di jari.
    Reply
  6. Mujahadah melawan nafsu
    Reply
  7. Abg saya berenti merokok sebab dia xnk anak dia merokok.. dia kata kalau dia merokok, mcmana nk larang anak dia merokok nnt..
    Reply

KERAJAAN KAJI KEWAJARAN TUTUP FACEBOOK.

Kerajaan kaji kewajaran tutup Facebook
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menjawab pertanyaan media selepas majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras 2014 di sini, malam tadi. - Foto BernamaMenteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menjawab pertanyaan media selepas majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras 2014 di sini, malam tadi. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
  
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
  
"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras.
  
Turut hadir Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras, Datuk Hajah Zurainah Musa.
  
Namun, Ahmad Shabery yang juga Ahlj Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.
 
"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja.

Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya,  itu kita perlu tengok balik", katanya.
  
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN