Rabu, 23 April 2014

AKAR POKOK RU SEAKAN WAJAH MANUSIA.

PELIK! Akar Pokok Ru Seakan Wajah Manusia (2 GAMBAR)

PELIK! Akar Pokok Ru Seakan Wajah Manusia (2 GAMBAR)

PELIK! Akar Pokok Ru Seakan Wajah Manusia (2 GAMBAR) | MARANG – Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.
Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.
“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.
Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.
Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.
“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.
“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.
Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.
Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.
“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.
Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.
Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.
Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.-sinar harian

Selasa, 22 April 2014

UMAT AKHIR ZAMAN CABAR KUASA ILLAHI.

--


Umat akhir zaman cabar kuasa Ilahi

Oleh Mohd Hassan Adli Yahaya
Dunia semakin hari semakin tua meniti usia penghujungnya. Namun, semakin tua usia dunia ini, semakin banyak kerosakan dilakukan manusia sebagai penghuninya.
Kerosakan dilakukan termasuk yang zahir dan tersembunyi.
Jika bumi itu boleh disifatkan dengan jasad manusia, tentu kita dapat melihat satu bentuk tubuh yang mengalami kecacatan di sana sini.
Mungkin bumi pada hari ini umpama manusia yang tidak mempunyai tangan dan kaki yang lengkap.
Namun yang lebih ‘menyakitkan’ bumi pada pandangan saya ialah kebinasaan disebabkan kemungkaran dilakukan manusia di atasnya.
Semakin kita dekat dengan hari kiamat, semakin berani pula manusia mencabar Allah dengan pelbagai maksiat dilakukan.
Jika bumi ini dapat berbicara, tentu sekali dia akan merintih atau merayu kepada manusia supaya dia dikasihani.

Sebagai makhluk yang patuh dan berzikir kepada Allah, tentu saja bumi ini akan mematuhi arahan Allah kepadanya.
Dalam surah Al-Israa’, ayat 44, Allah berfirman yang bermaksud: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.

Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Bumi cuba memberikan peringatan kepada manusia supaya kembali kepada Allah dengan memberi peringatan demi peringatan.
Pelbagai bencana alam yang berlaku seperti tsunami, tanah runtuh dan gempa bumi nampaknya belum berjaya membawa umat manusia kembali kepada Allah.
Malah, ada pula yang mengatakan bencana alam tiada kaitan dengan Penciptanya dan ia hanya tidak lebih daripada hukum alam.
Lebih mendukacitakan lagi adalah manusia yang tahu mengenai wahyu yang disampaikan kepadanya.

Mereka tahu apa yang halal dan haram tetapi mereka tidak berusaha meninggalkannya.
Pada satu petang awal minggu lalu, saya ke Kuala Lumpur kerana ada urusan.

Ketika meletak kereta, mata saya tiba-tiba ‘tertangkap’ satu pemandangan yang menyebabkan perasaan bercampur baur.
Perasaan sedih, marah dan hairan bercampur-aduk dan saya terpaku di situ untuk beberapa ketika bagi terus menyaksikan apa yang saya lihat di depan mata.

Ia adalah satu situasi di sebuah kedai nombor ekor.
Kedai itu sesak dikunjungi tahi judi yang bagai berlumba-lumba membeli nombor ekor.

Ada yang menaiki kereta, ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki motosikal, semuanya mempunyai satu matlamat pada petang itu, iaitu membeli nombor ekor.
Di sebelah kereta saya, saya lihat si suami turun membeli nombor ekor, manakala isterinya menunggu di dalam kereta.

Di sudut lain pula, saya lihat seorang bapa meletakkan motosikal di tepi kedai dan turun memimpin tangan anaknya yang masih kecil bersama-sama ke kedai nombor ekor.
Di satu lagi sudut, saya nampak sekumpulan lelaki berumur 50 hingga 60 tahun membelek-belek kertas judi yang dibeli sambil berbincang sesama mereka.
Membuatkan perasaan saya bercampur baur ketika itu ialah hampir 70 peratus yang keluar masuk menjadi pelanggan kedai berkenaan adalah berbangsa Melayu yang saya percaya beragama Islam.
Apabila saya ketengahkan isu ini di Facebook, antara maklum balas yang banyak diterima adalah situasi ini sebenarnya ‘biasa’ di negara kita pada hari ini.
Pemandangan orang Melayu dan Islam bermain judi bukan sesuatu yang janggal, malah mereka juga tidak kekok dan tidak segan silu melakukannya.
Saya percaya, mustahil untuk mereka mengatakan tidak tahu judi itu haram.

Malah, di pintu kedai judi itu juga menyatakan: “Orang Islam dilarang berjudi.” Namun begitulah realiti sekarang, semakin kita menuju ke dunia akhir zaman, manusia semakin berani mencabar kekuasaan Allah.
Kita sebenarnya hidup di dunia dengan rahmat Allah.

Jika tidak kerana rahmat-Nya, nescaya kita dibinasakan dengan azab-Nya seperti mana yang menimpa umat terdahulu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

BUAYA AIR MASIN TERBESAR DI DUNIA MATI DI TANGAN MANUSIA.

Buaya Air Masin Terbesar Di Dunia Lolong Mati (11 Gambar)


Buaya Air Masin Terbesar Di Dunia Lolong Mati: Manly tears. Buaya air masin (Crocodylus porosus) terbesar di Filipina dan juga terbesar di dunia di laporkan mati semalam. Buaya air masin yang di kenali sebagai Lolong ini mempunyai ukuran sepanjang 6.17 meter dengan berat lebih 1 Tan seperti yang di sahkan oleh Dr. Adam Britton. Punca sebenar kematian buaya ini masih lagi sedang di kenal pasti dan lolong akan di awetkan untuk di letak di dalam Muzium Negara Filipina. 


REAKSI WARGA AMERIKA BILA LIHAT ORG ISLAM SOLAT.

Reaksi Warga Amerika Bila Lihat Orang Islam Solat


Inilah reaksi warga NY, ketika melihat cara orang islam solat ~ Tiga anak muda muslim yang tinggal di kota New York – Adam Saleh, Sheikh Akbar dan Abdullah Ghuman yang menggelarkan diri mereka Team ASA gemar memuatnaik video berunsur islamik dan dapat memberikan pengajaran selain menghiburkan penonton di laman Youtube.


Kebanyakan hasil kerja mereka mendapat tontonan tinggi, antaranya lebih 1.8 juta dalam masa seminggu menerusi video ‘Praying In Public’.

Dalam video ini, mereka merakam reaksi orang ramai apabila melihat mereka melakukan solat sunat 2 rakaat di tempat-tempat awam sekitar New York. Menurut Team ASA, mereka mahu membuktikan bahawa orang Islam cintakan perdamaian dan ia dapat dilihat daripada cara ibadah dikerjakan.

Dalam video berdurasi 4:45 minit ini, nyata pelbagai respon dapat dilihat namun kebanyakannya menghormati apa yang dilakukan Team ASA.

Begitu pun, terdapat juga seorang lelaki menunjukkan reaksi kurang senang namun sikapnya itu ditegur seorang wanita supaya menghormati orang lain.

Rata-rata orang nampaknya pelik. Ada yang bertanya apa sedang dilakukan, tidak kurang juga cuma melihat dengan pandangan hairan.

Turut dirakam, aksi dua remaja yang jelas tidak tahu apa sedang dilakukan namun turut mengikut gerakan solat kerana menyangka ia aktiviti yoga.

Namun paling mengesankan, apabila seorang wanita yang terlalu gembira melihat Team ASA bersolat menangis sambil berkongsi kegembiraan hatinya kerana dipilih Allah Taala untuk menyedari kebenaran agama Islam.  RemRamzi

Tonton video Praying In Public di bawah:

MAKHLUK ANEH JUMPA DI PENDALAMAN THAILAND.

Gempar!!! Mahluk aneh dijumpai di pendalaman hutan Thailand

Warga Thailand panik setelah menemukan makhluk jadi2an di pedalaman hutan, walaupun sudah mati namun warga sekitarnya masih merasa kesulitan untuk menjelaskan sebenarnya ini makhluk apa. Sekarang makhluk itu menjadi tontonan warga dan disembah oleh penduduk sekitar.

Masyarakat thailand berkumpul dan sembayang untuk mahluk aneh dari hutan.




RANCANGAN JAHAT YAHUDI SEBAR AIDS MELALUI TUALA WANITA,SESUNGGUHNYA MEREKA INI MUSUH YG NYATA.

Rancangan Jahat Yahudi Sebar Aids Melalui Tuala Wanita Tersebar Di Facebook

 howtomakeslipperswithwhm.jpg (500×375)

Penyebaran berita yang dianggap palsu ini sudah bermula sejak tahun 2001 lagi seperti dilaporkan media antarabangsa.
Hakikatnya menurut saintis virus Aids HIV tidak boleh hidup diluar badan manusia lebih dari 48 jam. Jelasnya penyebaran berita ini bertujuan memburukan Israel dan sabotaj produk yg disokong negara yahudi tersebut.
Times Higher Education UK : Pihak berkuasa kesihatan Nigeria memusnahkan beribu-ribu sampel tuala wanita diagihkan secara percuma kepada pelajar kerana dakwaan palsu oleh fundamentalis Islam bahawa mereka telah tercemar dengan virus HIV.
Keputusan itu diikuti panggilan oleh penasihat khas kepada presiden hal ehwal wanita untuk siasatan dakwaan bahawa pelajar di timur laut University of Maiduguri telah mengalami ruam dan gatal-gatal. Salah satu punca mungkin telah dianggap sebagai penggunaan pad tersebut, yang dikeluarkan oleh Procter & Gamble.
Titi Ajanaku menulis kepada Institut Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Nigeria mendakwa bahawa ujian yang dijalankan oleh Hospital Besar Maiduguri “pada sampel pad diedarkan percuma kepada mahasiswa Universiti Maiduguri oleh ejen-ejen firma itu telah mendedahkan bahawa pad dipenuhi dengan virus HIV “.
Agensi Dadah Kebangsaan bagi Pentadbiran Makanan dan mengarahkan lebih banyak ujian serta-merta, dimana terbukti tidak ada sebarang kontaminasi apapun sepertimana ruam dan gatal-gatal yang dialami sesetengah pelajar adalah dari bekalan air yang tidak dirawat.
Pro-Palestin kumpulan fundamentalis Islam dituduh sengaja memulakan kempen memburuk-burukkan terhadap pengilang multinasional yang berpangkalan di AS kerana mereka percaya syarikat-syarikat Amerika membiayai Israel.

FERI KARAM DI PERAIRAN KOREA SELATAN 104 MAYAT DITEMUI.

Feri karam: 104 mayat telah ditemui

email
comments
Feri karam: 104 mayat telah ditemui
KUALA LUMPUR: Ekoran tragedi feri karam di perairan Korea Selatan Rabu lepas, 100 orang disahkan maut dalam kejadian yang melibatkan kebanyakkannya pelajar sekolah menengah.

Pasukan penyelam telah menemui lebih banyak mayat yang dipercayai terperangkap dalam feri tersebut selepas ia mulai condong dan tenggelam sepenuhnya pada hari yang sama.

Keadaan cuaca yang bertambah baik memudahkan operasi pencarian mangsa, namun jarak penglihatan di dalam air adalah terhad menyebabkan pasukan penyelam terpaksa meraba-raba mencari mayat dalam keadaan serba gelap.

Kapal seberat 6,825 tan yang membawa seramai 476 orang itu menyaksikan kira-kira 200 mangsa belum berjaya ditemui walaupun operasi mencari hampir memasuki seminggu.

Pihak pengawal pantai mengesahkan sebanyak 104 mayat telah ditemui setakat ini dan 198 masih hilang.

Ahli keluarga mangsa yang terkesan disebabkan tragedi ini terus menunggu di Pelabuhan Jindo yang terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat terkini.

Feri yang membawa 459 penumpang dan kru itu dalam perjalanan menuju je Pulau Jeju bagi tujuan lawatan sekolah dimana hampir kesemua penumpang merupakan pelajar sekolah menengah bersama 14 guru mereka.

Ia dilaporkan karam pada awal pagi Rabu selepas kapal seberat 6,825 tan ini mula condong dan terbalik sepenuhnya dalam masa dua jam selepas menghantar isyarat kecemasan pada jam 09:00 (0000 GMT).

Anak-anak kapal feri berkenaan telah menerima kritikan kerana lambat memindahkan penumpang, kesilapan besar yang berlaku kerana feri terus tenggelam dengan ratusan penumpang masihterperangkapdi dalamnya.

Seorang pakar berkata lebih ramai lagi boleh diselamatkan jika kesemua penumpang dipindahkan sebelum kapal itu mencondong dan dimasuki air.

Polis Korea Selatanturut menangkap kapten serta dua anak kapal feri itu dimana kaptennya, Lee Joon Seok, 68 tahun, bakal berdepan lima tuduhan termasuk cuai ketika bertugas dan melanggar undang-undang Maritim.

Berita mula diterbitkan pada: April 22, 2014 14:16 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my


CATUAN AIR DI LEMBAH KLANG DERITA 6.7 JUTA PENDUDUK BERLANJUTAN.

Derita 6.7 juta penduduk berlanjutan

Oleh NURUL ANUAR KARI, LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, MOHD. HAFIZI AHMAD
SEORANG penduduk terpaksa menadah air dalam banyak bekas untuk menampung keperluan harian di Taman Salak Jaya, Salak Selatan kelmarin.


KUALA LUMPUR - Episod catuan bekalan air di Lembah Klang yang kini berlarutan sehingga hari ke-55 ditempelak oleh pelbagai pihak kerana ia telah menyukarkan kehidupan orang ramai sekali gus mendedahkan kelemahan sistem pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, sebagai wilayah yang menjadi penggerak ekonomi dan mempunyai penduduk paling padat di negara ini, pengurusan air di Lembah Klang sepatutnya bebas daripada masalah tersebut.
"Sangat memalukan apabila sebuah negeri maju di Malaysia tidak mampu mengurus sistem bekalan air dengan baik.
"Sikap bodoh sombong pihak yang sepatutnya menyelesaikan masalah bekalan air ini pasti akan merencatkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2zdLE8n5J 
Hakcipta terpelihara 

TAYAR PECAH PUNCA PESAWAT MH 192 PATAH BALIK.


ARKIB : 22/04/2014

Tayar pecah punca patah balik


Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA.
SEPANG 21 April - Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.
Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan.
MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku.
"Pesawat ini yang berlepas dari KLIA ke Bangalore pada pukul 10.09 malam semalam, selamat mendarat semula di lapangan terbang yang sama pada pukul 1.56 pagi tadi, membawa 159 penumpang dan tujuh krew pesawat.
"Pesawat ini terpaksa berpatah balik selepas pihak ATC memaklumkan terdapat serpihan tayar di landasan dan dengan segera OCC dimaklumkan berhubung keadaan itu. Berikutan keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak MAS, pesawat ini diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan krew pesawat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semua penumpang kemudian telah dibawa ke hotel berdekatan sebelum menaiki pesawat berikutnya dari KLIA ke Bangalore pada pukul 3.30 petang hari ini.
Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, sebaik sahaja pesawat itu diarahkan berpatah balik, Unit Menyelamat Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan bagi langkah berjaga-jaga.
"Pihak MAS memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penumpang pesawat ini.
"Semua penumpang telah dibawa ke tempat penginapan berdekatan sementara menunggu penerbangan MH192 yang dijadualkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijangka tiba pukul 5 petang pada hari sama," katanya.
Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang, Kapten Nor Adam Azmi bersama pembantu juruterbang, Prakash Kumar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140422/dn_01/Tayar-pecah-punca-patah-balik#ixzz2zdKVQnRB
© Utusan Melayu (M) Bhd