Isnin, 31 Mac 2014

AIR TERJUN DALAM LAUT.

Subhanallah! Air Terjun Di Dalam Laut (6 Foto)

Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer di tenggara benua Afrika.
Sea Water Fall - Mauritius
Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada tahun 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513.
Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.
Terletak di hujung barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang sangat menakjubkan.
Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi ‘air terjun bawah laut’.
Pandangan satelit  Google Maps mencipta pemandangan dramatik dengan pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.

AKHIRNYA TERBONGKAR JUGA PENGKALAN RAHSIA USA DI DIEGO GARCIA SEMENJAK KEHILANGAN MH370.

Inilah Diego Garcia, Pangkalan Rahsia AS Diduga Sembunyikan MH370

diego-garcia-pangkalan-rahasia-as-diduga-sembunyikan-mh370
Pesawat Malaysia Airlines diduga mendarat di Pangkalan Militer Amerika Serikat Diego Garcia di Samudera Hindia. Pesawat berpenumpang 227 orang ditambah 12 kru ini diduga sengaja disembunyikan AS untuk memperkeruh hubungan Malaysia dan China.
Situs berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah situs misteri dan berita konspirasi.
Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militer AS yang paling rahasia. Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana. Dataran terdekat adalah Selatan India, sekitar 1.790 km.
Pertama kali ditemukan pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggris. Saat perang dunia ke II tahun 1942, Inggris memanfaatkan Diego Garcia jadi markas angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang Jepang di Samudera Hindia.
Tahun 1966 Inggris sepakat mengizinkan Amerika Serikat mendirikan pangkalan militer di pulau Diego Garcia. Tempat ini strategis untuk operasi militer AS di sekitar Samudera Hindia saat era perang dingin.
Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pembom strategis dan tempat suplai logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat intelijen AS dengan segala perlengkapan canggihnya.
Beberapa operasi militer yang digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Irak tahun 2003.
Daerah ini juga diyakini bebas dari penginderaan satelit maupun radar negara mana pun. Ini yang membuat Pesawat Malaysia Airlines seolah-olah hilang tanpa jejak.
Situs berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah situs misteri dan berita konspirasi.
Indonesia disebut-sebut punya peran dalam menyembunyikan pesawat dengan nomor penerbangan MH370 ini. Radar Indonesia sudah menangkap pesawat terbang ke Pangkalan AS. Tapi Indonesia tak berani membeberkan hal ini karena punya kesepakatan dengan Amerika.
Beberapa bukti menguatkan dugaan pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia. Antara lain sinyal ponsel penumpang yang masih hidup. Pesawat yang lenyap dari radar sama sekali dan tak bisa dilacak. Tentu tak semua negara punya kemampuan membutakan satelit dan radar seperti ini. Cuma negara-negara dengan teknologi militer seperti AS yang bisa melakukannya.
Pihak Malaysia membantah analisa ini. Mereka mengaku masih fokus mencari keberadaan MH370.
“Tidak, belum ada. Dan yang membuatnya sangat sulit bagi kita untuk memverifikasi apakah itu dibajak atau teroris (aksi terorisme). (Kami melihat ke dalam) segala kemungkinan. Kami tidak mengambil (apa-apa) untuk diberikan,” kata Menteri Perhubungan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
sumber: www.merdeka.com

APA MOTIF YAHUDI ISRAEL MILIKI PESAWAT SERUPA MH 370 INI ?.

Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?

plane_mh370-1
Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.
Meskipun penglibatan Israel dalam hal ini tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan dewasa ini.
Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001), terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.
Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World. , Christopher Bollyn.
Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalisi serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.
Meskipun penglibatan Israel dalam hal ini tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan dewasa ini.
Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan 9-11), terdapat bukti lain yang lebih membingungkan.
Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Pesawat ‘kembar’  MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.
Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.
Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.
Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?
Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.
Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:
“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).
Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch.
Sejak dahulu lagi, Israel dikenali sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.
Namun rancangan mereka ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.
Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.
Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.
Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?
Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.
Wallahu’alam.
Sumber: www.bollyn.com

POKOK RAKSASA BERUSIA 3200 TAHUN.

Foto Pokok Kedua Terbesar Didunia Bersaiz Raksasa Berusia 3200 Tahun.

Pada Disember 2012, jurugambar National Geographic, Michael "Nick" Nichols pergi ke Taman Nasional Sequoia di California untuk mengambil gambar 'Presiden', sebuah pokok Sequoia bersaiz raksasa yang merupakan pokok terbesar kedua di dunia, jika diukur dari jumlah batang di atas tanah. Nichols dan pasukannya mengangkat kamera menggunakan tali sehingga mereka boleh mengambil gambar dari setiap bahagian dari pokok setinggi 75 meter dan lebar 8 meter.

  32 hari  Nichols untuk mengambil gambar pokok dan mendapatkan 126 foto, mencipta gambar pertama dari Presiden yang ditangkap sepenuhnya dalam satu frame. Hasilnya adalah gambar yang menakjubkan yang menunjukkan pokok yang megah menjulang tinggi di atas tanah salji dihiasi dengan orang-orang yang nampak kecil.
  





Jom saksikan video berikut: 
 
Anda mungkin juga meminati:

MAHKOTA KUNO BERUSIA 6000 TAHUN JUMPAI DILAUTAN MATI.

Mahkota Kuno Berusia 6000 tahun Dijumpai Berhampiran Laut Mati


Mahkota memang menjadi sesuatu yang amat berharga pada zaman dahulu kerana menjadi suatu lambang kekuasaan para raja . Baru - baru ini sebuah mahkota yang didakwa sebagai tertua di dunia muncul untuk pertama kalinya dalam sebuah pameran di Amerika .

Mahkota tertua di dunia tersebut diyakini mempunyai usia lebih dari 6 ribu tahun . Benda yang merupakan peninggalan kuno dari zaman tembaga ini mempunyai wujud seperti cincin tebal dengan hiasan burung nasar di tengahnya . Mahkota ini pertama kali ditemui oleh ahli arkeologi Israel di sebuah gua berhampiran Laut Mati pada tahun 1961 .

Selain mahkota , para arkeologi juga menemui pelbagai benda - benda bersejarah lain yang jumlahnya mencapai 400 . Ratusan benda antik tersebut diantaranya adalah dua patung dewa dari tanah liat , kayu dengan hiasan tanduk binatang dan peralatan makan . Penemuan ini tentunya menjadi bahan kajian yang menarik bagi para arkeologi tentang bagaimana orang zaman dahulu membuat benda yang tetap awet hingga ribuan tahun .

" Perkara yang luar biasa dari tempoh ini adalah letupan inovasi yang menjelaskan teknologi dunia kuno selama ribuan tahun , " kata Daniel M. Master selaku Profesor Arkeologi dari Wheaton College . " Dari perspektif masyarakat moden , sangat menakjubkan melihat masyarakan zaman dahulu sudah menguasai banyak sistem sosial dan teknologi baru serta mempunyai kemampuan membuat benda seni . "

Pameran ini diadakan oleh Universiti New York jurusan Pengajian Dunia purba dengan tajuk " Master of Fire : Copper Age Art from Israel " . Selain mahkota , pameran ini juga mempertunjukkan 150 benda artifak lain dari seluruh dunia kepada awam hingga 8 Jun mendatang .







DUNIA AKHIR ZAMAN ORG KAFIR AKAN LANYAT UMAT ISLAM SEMAHUNYA MENGHALANG DPD KEBANGKITAN ISLAM.

Kebencian Penguasa Rusia Terhadap Kebangkitan Islam Semakin TerserlahPDFPrintE-mail
Selasa, 04 Mac 2014 15:29
Pada penghujung bulan Januari baru-baru ini telah dilaporkan berita tentang penahanan terhadap beberapa kaum Muslimin di Tatarstan. Pemeriksaan, penahanan, penculikan, penyeksaan dan pertuduhan di mahkamah adalah berita sedih yang sudah menjadi perkara biasa berlaku di sana. Tindakan kejam ini memanifestasikan kebencian yang tidak dapat disembunyikan lagi oleh pemerintah Rusia terhadap umat Islam terutamanya terhadap para pejuang Islam. Umpama seperti bangkai yang membusuk, kejahatan yang mereka lakukan selama ini semakin terserlah dan tidak mampu lagi untuk ditutup meskipun dengan mata yang buta. Kebencian dan kebiadapan mereka ini bukan sahaja berlaku di Rusia, malah di tempat-tempat lain seperti di negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang lain di mana para penguasa mereka masih berada di bawah pengaruh Rusia dan mereka terus berkhidmat untuk memuaskan hati tuan mereka di Kremlin. Selain itu, Kremlin juga memainkan peranan di tempat lain seperti memberi sokongan kepada si penyembelih, Bashar Al-Assad di Syiria sama ada dari segi sokongan politik mahupun persenjataan.

Pada bulan November 2013, berpuluh-puluh kaum Muslimin telah telah ditahan dan dicampakkan ke dalam penjara di bandar Neftekhimik dan Chistobl. Mereka telah diseksa dengan dikenakan renjatan elektrik dan dilemaskan. Tulang belakang, rusuk dan kaki sebahagian daripada mereka ada yang patah, termasuklah ada yang dibakar bahagian anggota sulit mereka. Ini hanyalah sebahagian daripada bentuk-bentuk penyeksaan yang dilakukan oleh pemerintah Tatarstan terhadap mereka, belum mengambil kira seksaan dalam bentuk psikologi seperti memisahkan anak daripada ayah serta pelbagai ugutan berbaur kecaman dan bunuh.

Pada pertengahan Januari 2014, di bandar-bandar seluruh Tatarstan seperti Kazan, Neftekhimik, Elapog, Nizhny Chelny, Olmatvsk, Nurlat, Chistobl dan Oznakayv; kaum Muslimin ditangkap dan rumah mereka digeledah. Mereka telah dihadapkan ke mahkamah dengan pelbagai pertuduhan yang mereka tidak lakukan. Pada 20 Januari 2014, laman web rt.rbc.ru melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Tatarstan, Jukhurin, mengeluarkan kenyataan berkaitan pengeboman dan bahan letupan, “Kita dan sekutu dalam perisikan Rusia bertanggungjawab melakukan yang terbaik untuk menghadapkan pelaku pengeboman ke muka pengadilan agar tiada seorang pun yang akan terlepas dan mereka ini ialah daripada Hizbut Tahrir”.

Ini merupakan penipuan dan tuduhan liar yang dilemparkan kepada Hizbut Tahrir dengan mengaitkannya dengan kekejaman dan aktiviti keganasan. Hizbut Tahrir merupakan parti politik intelektual yang menolak sebarang penggunaan kekerasan dalam perjuangan mereka dan tuduhan ini menunjukkan kekejaman pemerintah Rusia. 

Pada 30 Disember 2013, bandar Volgagrad telah digeledah berikutan pengeboman di stesen keretapi. Berhampiran dengan gereja di situ terdapat hampir 200 orang penduduk berkumpul berdemonstrasi sambil melaungkan slogan, “Perisikan mendapat jutaan wang hasil daripada pengeboman”. Seperti biasa, kaum Musliminlah orang pertama yang dituduh bagi setiap kes yang melibatkan pengeboman. Mengikut rakaman video yang dikeluarkan dalam internet, pelbagai perbincangan telah dilakukan tentang perisikan Rusia yang masih menggunakan teknik yang sama sejak lewat 90-an apabila Rusia digegarkan oleh pengeboman yang dilakukan sendiri oleh pihak perisik. 

Pemerintah Rusia juga mungkin terpengaruh dengan hasil kajian Paul Goble, penyelidik yang secara khusus melakukan kajian terhadap kaum minoriti di Persekutuan Rusia yang mana ia meramalkan bahawa Rusia bakal menjadi sebuah negara majoriti Muslim dalam beberapa dekad akan datang. Ini merupakan ancaman terbesar kepada mereka.

Walau apapun ramalannya, hakikatnya adalah bahawa kerajaan Rusia ketika ini sedang berada dalam ketakutan dengan usaha untuk menegakkan Negara Islam di mana-mana di seluruh dunia. Ketakutan inilah yang menyebabkan mereka terus menindas kaum Muslimin di Rusia sehinggakan tindakan mereka yang kejam ini sudah keluar daripada batasan kemanusiaan. Mereka sangat khuatir akan kebangkitan semula Khilafah yang akan menyatukan umat Islam dan bimbang akan kehilangan pengaruh khasnya di rantau Asia Tengah. 

Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov pada 14 Disember 2013  dalam sebuah wawancara dengan Vesti 24, beliau mengatakan bahawa “ada keadaan-keadaan di mana semua pejuang tanah air Syria harus memahami apa yang lebih penting (sama ada) untuk memerangi mereka yang ingin Syria menjadi Negara Khilafah atau untuk bersatu dan mengembalikan imej tanah air mereka yang terkenal itu selama berabad-abad iaitu (sebagai) negara multi-pengakuan, multi-etnik, dan negara sekular di mana semua orang hidup dengan selesa”. Pada akhir kenyataan, Menteri tersebut mengatakan bahawa “isu ini pasti akan menjadi salah satu isu utama dalam Konferens Geneva”.

Ketahuilah bahawa rejim tersebut tidak akan sesekali berdiam diri dalam terus menekan para pejuang yang ikhlas dalam menggalas misi dakwah menuju kebangkitan. Rejim inilah yang mendesak penguasa-penguasa Tatarstan yang silih ganti untuk menyekat kebangkitan Islam.
Justeru, Hizbut Tahrir ingin menegaskan beberapa fakta berikut:

Pertama: Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai ideologi perjuangannya. Matlamatnya adalah untuk melestarikan kehidupan Islam melalui perjuangan intelektual dan politik dalam rangka mengembalikan semula Khilafah Islam di negeri-negeri kaum Muslimin. Maka, segala pertuduhan yang dilakukan terhadap para anggota Hizbut Tahrir adalah tidak berasas dan ia merupakan tuduhan yang penuh kedustaan.

Kedua: Hizbut Tahrir mencontohi jalan dakwah yang ditempuh oleh Rasulullah SAW dalam perjuangannya menubuhkan Daulah Islam. Kerajaan Tatarstan tidak pernah sekalipun berjaya membuktikan keterlibatan para anggota Hizbut Tahrir dalam aktiviti keganasan dan pelampau sepanjang tempoh perjuangan mereka di negara tersebut. Parti ini menolak pendekatan kekerasan secara fizikal dalam perjuangannya kerana itulah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan bukannya kerana takut terhadap tekanan daripada rejim yang zalim. Metodologi yang ditunjukkan oleh Rasulullah inilah yang telah digunapakai oleh Hizbut Tahrir di Tatarstan dan  di mana- mana sahaja Hizbut Tahrir beraktiviti di pelbagai belahan penjuru dunia.

Ketiga: Parti ini tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang usaha yang dilakukan oleh rejim, bahkan sebaliknya usaha-usaha tersebut semakin meneguhkan lagi iltizam para anggotanya. Kami yakin bahawa setiap penindasan yang dilakukan akan hanya menambahkan lagi keazaman, keteguhan dan sekaligus mendorong kami untuk meneruskan perjuangan yang murni meskipun terkorban jiwa dan raga. Sesungguhnya kejayaan yang dijanjikan Allah itu adalah seseuatu yang pasti, meskipun dibenci oleh puak kuffar dan ejen-ejen mereka. Ujian yang dikenakan oleh penguasa Tatarstan ini adalah terlalu ringan jika dibandingkan dengan seksaan yang bakal ditimpakan oleh Allah sekiranya mengabaikan kewajipan dalam mengembalikan kehidupan Islam di muka bumi ini.

Usaha untuk mengembalikan Khilafah Islam semakin berkembang pesat di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Seruan untuk mengembalikan Khilafah di atas manhaj kenabian yang dilaungkan kini telah pun berkumandang di segenap pelusuk dunia. Sesungguhnya, kembalinya Khilafah itu adalah satu kepastian! Inilah janji Allah dan bisyarah RasulNya. Maka nantikanlah balasan dan hukuman terhadap mereka yang berlaku zalim terhadap kaum Muslimin dan yang berusaha untuk menegakkan Islam apabila Khilafah kembali kelak. Ingatlah wahai penguasa Rusia dan tali barutnya, sesungguhnya segala kekejaman yang kamu lakukan ke atas umat Islam ini, pasti akan diperhitungkan oleh Sang Khalifah kelak. Kalian boleh berasa kuat pada hari ini, tetapi pada hari esok belum tentu kalian akan dapat tidur lena apabila Khilafah telah tertegak.
 
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 “Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Yusuf (12):21]


 
 

Ahad, 30 Mac 2014

MIMPI DAN TAKSIRAN MIMPI ITU SAMADA MAINAN TIDUR ATAU REKAAN HANYA TERSERAH KPD ALLAH.

Lagi Mimpi Ngeri Ustaz bertemu penumpang pesawat MH370 di sebuah pulau!

 


Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..


Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun
Link: Mimpi ke2